Perkembangan ilmu perubatan terutama dalam tamadun Islam terbahagi kepada tiga zaman. Tiga zaman tersebut adalah zaman penterjemahan, zaman keemasan dan zaman kemerosotan. Pada zaman kemerosotoan inilah kuasa dari negara Eropah mula menyerang negara Islam.

Deenamik kerap berkongsikan maklumat berkaitan dengan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti luar negara. Ingin mengetahui siapakah ilmuwan dan tokoh Islam yang berkemahiran dalam bidang perubatan? Teruskan membaca.

Jabir Ibnu Hayyan(721-766M)

Tokoh perubatan ini merupakanmaka kepada seorang ahli kimia yang lahir pada abad ke 8 Masihi. Turut dikenali dengan nama Geber di Eropah, beliau tinggal di Kufah, Baghdad. Tokoh ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan sains kimia. Buku karangannya mempunyai oleksi hampir 100 buah dan menjadi rujukan Eropah dan Asia Kecil hingga abad ke-14.

Hunayn Ibnu Ishaq(810-878M)

 

Beliau adalah penterjemah dan pengamal perubatan yang turut dikenali sebagai Joannitutus dan dilahirkan di Iraq. Hunayn telah dilantik oleh Khalifah al-Mutawakil sebagai doktor di istana dan dilantik sebagau pengarah institut al-hikmah oleh Khalifah Al-Ma’mun. Hunayn gemar mengumpul manuskip yunani dan mempelajari bahasa tersebut.

BACA JUGA :   KELEBIHAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITAS SUMATERA UTARA BERBANDING UNIVERSITI PERUBATAN YANG LAIN

Thabit Ibnu Qurah(838-901M)

Dikenali sebagai ahli matematik, astronomi dan juga perubatan. Beliau telah menterjemah buku dalam bahasa Yunani dan Siriak kepada bahasa Arab.  Thabit juga adalah pelopor kepada pusat terjemahan dan beliau juga telah menterjenamh buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan Gelen. Tambahan, beliau turut menyusun secara teratur ilmu perubatan Yunani ke dalam sebuah buku sebanyak 31 bab.

Abu Yusof Ibnu Ishaq al-Kindi(809-873M)

Dikenali sebagai al-Kindi di Eropah. Beliau adalah anak kepada Gabenor Kufah yang dilahirkan pada tahun 194 Hijrah. Mendapat pendidikan awal di Basrah dan kemudian berhijrah ke Baghdad dan seterusnya dilantik sebagai pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan Al-Ma’mun dan Al-Mu’tasim. Beliau adalah seorang yang serba boleh.

BACA JUGA :   Prosedur Perubatan yang Kejam Pada Masa Lalu

Berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan? DAULAH EDUCONSULT ada menawarkan peluang melanjutkan pengajian ke universiti luar negara dalam bidang perubatan.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here