Kini Giliran Sultan Johor Pula

Sultan Johor, Sultan Ibrahim kini mengarahkan pihak berkuasa agama Johor supaya melarang pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk, daripada mengadakan ceramah agama di negeri itu.

Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Selain Mufti Menk, Sultan Johor turut mengharamkan penceramah tempatan, Ustaz Haslin Baharim, atau lebih dikenali sebagai “Ustaz Bollywood” untuk berceramah di Johor.

Ustaz Haslin dan Mufti Menk
Sumber foto : The Malay Mail Online

Larangan itu dibuat menyusuli tindakan kerajaan Singapura yang mengharamkan kedua-dua penceramah itu kerana menganggap kandungan ceramah mereka boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri Singapura dilaporkan menolak permohonan Mufti Menk dan Ustaz Haslin untuk menyampaikan ceramah agama di atas satu kapal layar yang akan berlepas dan berlabuh di Singapura dari 25 hingga 29 November.

Mufti Menk sebelum ini mencetuskan kontroversi di Singapura selepas melarang umat Islam mengucapkan “Merry Christmas” dan “Happy Deepavali” di dalam ceramahnya.

BACA JUGA :   Seorang Lelaki Ditahan Polis Gara-Gara Menyamar Sebagai Allahyarham Tunku Abdul Jalil Di Facebook
Mufti Menk
Mufti Menk

Sementara itu, Ustaz Haslin pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyimpang.

“Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum”, kata Pengerusi Exco Johor dalam soal agama, Abd Mutalip Abd Rahim.

Ustaz Haslin
Ustaz Haslin Baharim

“Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan”, tambahnya lagi.

Dilaporkan, mereka mempunyai pandangan yang boleh menimbulkan sikap tidak bertoleransi, amalan diskriminasi yang boleh merosakkan keharmonian sosial dan mengakibatkan hubungan masyarakat menjadi renggang.

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia masih membenarkan kedua-dua mereka berceramah di Malaysia.

BACA JUGA :   Sultan Johor Akui Terasa Dengan Kenyataan Tun M Berkaitan Penghinaan Orang Bugis
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Ini kerana kerajaan Malaysia mendapati mereka tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi yang boleh menyebabkan berlakunya ketegangan sosial dan perselisihan antara kaum di negara ini.

Apa-apapun, diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan semoga niat baik para alim ulama untuk menyampaikan ceramah agama tidak diselitkan dengan kandungan yang menimbulkan provokasi dalam masyarakat berbilang kaum.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Artikel ini dipetik dan diolah daripada Free Malaysia Today

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here