Memesan makanan secara dalam talian telah menjadi kebiasaan buat masyarakat yang mengamalkan konsep ‘hujung jari’. Tambahan lagi, pelbagai aplikasi wujud masa kini ibarat seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ yang memudahkan anda.

SAFER Food adalah antara aplikasi yang menyajikan anda pelbagai jenis menu makanan dan anda boleh pilih mengikut selera anda. Aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon pintar anda menerusi Play Store dan App Store.

Para pelanggan dan pengguna bukan sahaja boleh memesan makanan menerusi satu cara iaitu seperti kebiasaan yang dilakukan dimana memesan dan dihantar oleh rider. Menerusi aplikasi ini, terdapat 3 cara yang senang dan mudah untuk anda memesan makanan.

Pendaftaran sebagai pelanggan boleh dibuat menerusi link berikut:

http://tinyurl.com/ycarzudz

Bagaimana caranya? Jom baca !!

#1

Sebagai pengguna, anda perlu memuat turun aplikasi ini dan gunakannya seperti biasa. Pilih makanan atau menu apa yang anda inginkan kemudian pesan. SAFER Delivery Partner akan menghantar pesanan kepada anda. Ini merupakan cara yang senang dan ringkas untuk anda sebagai pengguna.

BACA JUGA :   Jadi Safer Delivery Partner & Driver Sekarang, Pendaftaran Adalah Percuma.

#2

Anda teringin makan Nasi Lemak Ayam Berempah yang hanya ada di Kedai Pak Latif sahaja yang kena dengan selera anda. Tetapi anda kesukaran untuk berkunjung sendiri ke kedai Pak Latif. Anda boleh menempah terlebih dahulu Nasi Lemak Ayam tersebut di Kedai Pak Latif, kemudian anda perlu memberikan maklumat lanjut mengenai tempahan anda dan lokasi kedai tersebut untuk memudahkan SAFER Delivery Partner mengambilnya.

SAFER Delivery Partner akan mengambil tempahan yang anda tempah tadi dan terus hantar kepada anda.

#3

Itik Masak Lemak Cili Api hanya ada di Restoran Mak Cik Kiah sahaja. Tetapi, anda busy dirumah menguruskan anak-anak dan tiada masa untuk keluar membeli lauk tersebut di Restoran Mak Cik Kiah. Anda tidak perlu risau, anda boleh menggunakan servis SAFER Delivery Partner untuk membeli Itik Masak Lemak Cili Api yang anda idamkan itu.

BACA JUGA :   Safer Food Merchant Pasarkan Perniagaan Home Kitchen

Anda hanya perlu memetakan lokasi kedai tersebut dan memberitahu kepada SAFER Delivery Partner, menu apakah yang anda inginkan. Kemudian, SAFER Delivery Partner akan membelinya dan menghantarnya khas untuk anda.

Pembayaran ketiga-tiga cara ini boleh dilakukan menerusi Cash On Delivery atau Online Banking iaitu secara dalam talian. Senang, mudah dan ringkas dengan menggunakan aplikasi SAFER ini.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan : 01120586389

atau layari website & media sosial SAFER

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here