Indonesia membuka kembali peluang menyambung pengajian ke universiti di negaranya yang diiktiraf oleh WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, dan MDC. Adakah anda pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf? Dan masih mencari peluang menyambung pengajian dalam bidang  perubatan? Mendaftarlah bersama DAULAH EDUCONSULT.

Misi utama DAULAH EDUCONSULT adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

DAULAH EDUCONSULT membuka peluang kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Sumatera Utara dalam bidang perubatan. Kemasukan seterusnya adalah pada bulan SEPTEMBER 2020. Pendaftaran sudah boleh dilakukan mulai dari hari ini.

BACA JUGA :   Tawaran Sambung Belajar di Rusia.

Universiti Sumatera Utara yang terletak di Medan, Indonesia ini antara universiti pilihan pelajar dari Malaysia melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan. Indonesia menjadi pilihan adalah kerana jaraknya yang dekat, makanan dan budaya yang seakan serupa dan juga agama Islam agama rasmi di Indonesia. Oleh itu, pelajar yang beragama Islam tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam mengamalkan ajaran Islam.

Universiti ini dirasmikan pada tahun 1952 dan bertaraf universiti awam. Universiti ini bukan sahaja menerima pelajar dari Malaysia sahaja, malahan dari serata Asia Tenggara. Antara fasiliti dan kemudahan yang boleh didapati di universiti ini adalah seperti perpustakaan, asrama pelajar, fasiliti sukan, pusat kesihatan dan sebagainya.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Bidang Perubatan Di Kursk State Medical University - Secara Online Di Malaysia.

Fakulti pertama yang wujud di Universiti Sumatera Utara adalah fakulti Perubatan. Pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan akan menamatkan pengajian dalam tempoh 6 tahun. Sepanjang tempoh 6 tahun tersebut, DAULAH EDUCONSULT akan sentiasa bersedia membantu pelajar.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Mempunyai STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma.
  2. Minimum CGPA 3.00 (Sekiranya cgpa bawah 3.00, sila hubungi Daulah).
  3. Wajib mengambil subjek BIOLOGI, KIMIA & FIZIK dalam SPM.

Jika berminat, lakukan pendaftaran dengan segera. Namun sebelum itu, jalani terlebih dahulu sesi konsultasi yang dilakukan secara percuma oleh konsultan terbaik dari DAULAH EDUCONSULT.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here