Kementerian Kesihatan Malaysia akan melakukan proses penyaringan  COVID-19 terhadap 700 kakitangan dan juga 800 tahanan di Penjara Sungai Buloh. Hal ini demikian kerana salah seorang tahanan didapati  sah positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah menegaskan bahawa banduan yang disahkan postif bukan warganegara Malaysia. Tahanan tersebut juga telah diasingkan dan dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih.

Bukan Warganegara

“Kalau kita ada kesan satu kes positif, kita akan terus laksanakan pengesanan kes secara aktif (ACD) kepada mereka yang terdedah kepada tahanan tersebut termasuk kakitangan. Saringan sedang giat dijalankan setakat ini,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.

BACA JUGA :   Disiplin Sosial dan Kerjasama Dijamin dapat Menghentikan wabak

Pihak KKM sedang mengenal pasti kontak rapat tahanan tersebut dan mereka yang terlibat akan turut disaring. Pejabat Kesihatan Daerah Gombak akan melakukan proses saringan kontak rapat tahanan dan juga 700 kakitangan dan juga 800 tahanan di penjara tersebut.

Mereka yang positif COVID-19 akan mempunyai simptom seperti sakit tekak, batuk, selsema, demam, sesak nafas dan juga sakit badan. Sentiasa jaga kebersihan dan juga amalkan social distancing ketika berada di tempat awam.

Ingin melanjutkan pengajian ke universiti pilihan anda di luar negara? Daftar segera bersama Daulah Educonsult.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

BACA JUGA :   RELEVANKAH ISU SAMAN RM1000 DI STESEN MINYAK?

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here