Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang mengakibatkan rakyat Malaysia tidak dibenarkan melakukan aktiviti di luar rumah. Mereka juga tidak dibenarkan keluar bekerja. Namun selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, terdapat beberapa premis yang dibenarkan untuk beroperasi. Terdapat restoran dan kedai makan yang dibenarkan beroperasi namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Pesta Kaamatan tahun ini juga disambut secara sederhana. Hal ini kerana rakyat Malaysia tidak dibenarkan merentas negeri secara suka hati. Mereka yang dibenarkan adalah atas urusan kecemasan, pasangan berkahwin yang tinggal berasingan dan juga mereka yang ingin pulang bekerja.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan satu pungutan suara melalui aplikasi Telegram pasa Selasa lepas. Pungutan suara tersebut menunjukkan sebanyak 64% bersetuju mahu pergerakan rentas negeri dilonggarkan dan dibenarkan semula selepas 9 Jun.

BACA JUGA :   Wawasan 2020 ke 2025: Perjalanan Berliku Sebuah Negara Bernama Malaysia

Berikut adalah antara peraturan yang dilonggarkan selepas 9 Jun 2020 mengikut majoriti rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, Mesyuarat Khas Mesteri-Menteri berkenaan Pelaksanaan PKP pada hari Selasa telah sepakat membuat keputusan untuk membenarkan penggambaran filem bermula pada 10 Jun 2020. Mereka yang terlibat dengan penggambaran filem perlu mematuhi SOP yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia.

Sentiasa amalkan kebersihan dan amalkan penjarakkan sosial ketika berada di dalam tempat himpunan awam. Namun kedai aktiviti gunting rambut di kedai dan juga perkhidmatan gunting rambut yang dijalankan dirumaha dalah dilarang sama sekali. Bersama kita putuskan rantaian COVID-19.

#PUTUSKANRANTAIANCOVID-19

#KITAJAGAKITA

Berminat melanjutkan pengajian ke universiti pilihan di luar negara? Daftar kemasukan anda bersama DAULAH EDUCONSULT. Antara negara yang ditawarkan adalah seperti Rusia, Poland, Indonesia, Bangladesh, Mesir, Jordan, Turki dan sebagainya.

BACA JUGA :   Lee Zii Jia Bawa Pulang Emas Dalam Kejohanan Badminton All England.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here