Kadar perkembangan COVID-19 di beberapa negara mengalami penurunan. Begitu juga dengan negara Jepun. Negara Matahari Terbit ini dalam usaha mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan kemasukan warga asing ke negara mereka. Ingin tahu negara mana yang mungkin dibenarkan memasuki Jepun? Teruskan membaca!
Sebelumnya, Jepun telah membuat sekatan kemudahan visa terhadap 111 negara termasuklah Asia Tenggara, Timur Tengah dan juga Afrika. Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura juga tidak terkecuali menerima sekatan kemasukan dari Jepun.
Menurut KYODO News, negara yang berkemungkinan dibenarkan untuk memasuki Kepun adalah negara New Zealand, Thailand, Vietnam dan juga Australian. Hal ini kerana kadar penyebaran di keempat-empat negara ini semakin pulih dan mengalami penurunan. Tambahan, negara-negara ini juga mempunyai hubungan perniagaan dengan Jepun.
Vietnam, Australia dan New Zealand adalah antara 11 negara pakatan perdagangan bebas di bawah Perkongsian Trans-Pasifik yang disemak semula, Jepun juga adalah sebahagian daripadanya. Thailand pula adalah tuan rumah kepada banyak syarikat Jepun termasuklah pembuatan kenderaan.
Kelonggaran kemasukan kepada empat negara ini memerlukan penelitian dan rundingan mengenai syarat-syarat dan juga perjanjian sebelum ianya bakal dilaksanakan pada musim panas ini.
Sebelumnya, media antarabangsa ada berkongsi bahawa kerajaan Jepun dalam cadangan meluluskan sejumlah dana untuk merangsang semula ekonomi pelancongan mereka dengan memberi subsidi kepada pelancong.
Bersama-samalah kita memerangi wabak COVID-19 ini dengan sentiasa amalkan kebersihan dan juga amalkan social distancing ketika berada di khalayak ramai. Hal ini kerana kita sedang berperang dengan entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun impaknya sangat besar.
Berminat melanjutkan pengajian ke universiti pilihan di luar negara? Daftar bersama DAULAH EDUCONSULT. Mereka menawarkan universiti yang diiktiraf di negara Rusia, Mesir, Indonesia, Poland, Bangladesh, Jordan, Turki dan sebagainya.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)