Daulah Educonsult menawarkan kemasukan ke Universitas Sumatera Utara dalam bidang Perubatan, Pergigian dan juga Farmasi. Kesemua bidang pengajian ini adalah yang terbaik dan menjadi pilihan popular pelajar khususnya dari Malaysia.

Universitas Sumatera Utara atau lebih dikenali sebagai USU terletak di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Universiti perubatan ini dibina pada 4 Jun 1952 atas perintah Abdul Hakim yang merupakan Gabenor Sumatera Utara ketika itu.

USU mempunyai dua kampus utama iaitu di Kampus Padang Bulan dan Kampus Kwala Bekala. Kampus Padang Bulan berukuran kira-kira 120 hektar dan mempunyai pelajar kira-kira 50,000 pelajar. Manakala di Kampus Kwala Bekala pula lebih memfokuskan kepada perubatan haiwan dan sebagainya.

Universiti ini diiktiraf oleh WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA. Oleh itu, para pelajar tidak perlu risau jika sijil tidak laku ketika ingin memohon pekerjaan. Daulah Educonsult menawarkan peluang ini kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM//A-level/IB/Diploma @ setaraf. 

BACA JUGA :   Solusi Hilangkan Kedutan Di Pakaian Tanpa Seterika

Fakulti Perubatan

Dibina pada 20 Ogos 1952 dengan visi untuk mewujudkan Fakulti Perubatan USU menjadi institut pendidikan perubatan terkemuka untuk menuju ke centre of excellence dalam tropical medicine dan juga oncology di Indonesia.

Fakulti Pergigian

Fakulti ini mempunyai 10 jabatan termasuklah Pembedahan Mulut, Konservasi Pergigian, Lisan Biologi dan sebagainya. Wujud pada 3 November 1961 dengan visi menjadi fakulti mereka sebagai pilihan peringkat negara dan negeri dalam menghasilkan graduan yang berdaya saing global dan mempunyai wawasan keusahawanan.

Fakulti Farmasi

Fakulti yang ditubuhkan di bawah naungan Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam ini dibina pada tahun 1969 berdasarkan dengan keperluan tenaga Farmasi di Sumatera. Hal ini kerana kawasan wilayah Sumatera ketika itu hanya mempunyai satu sahaja bidang pengajian Farmasi iaitu di Universitas Andalas yang terletak di Padang, Sumatera Barat.

BACA JUGA :   Indonesia Pilihan Pelajar Malaysia Tuntut Ilmu Di Peringkat Tinggi

Tempoh Pengajian 

Perubatan : 5 tahun

Pergigian : 5 tahun

Farmasi : 4 tahun

Pelajar dari Malaysia menjadikan Universitas Sumatera Utara sebagai pilihan melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda adalah kerana jarak perjalanan yang dekat dan kos perjalanan yang murah. Tambahan, makanan halal mudah didapati dan agama rasmi Indonesia adalah agama Islam. Oleh itu, pelajar Muslim tidak perlu risau untuk menunaikan kewajipan sebagai Muslim di negara Indonesia.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here