Dokumentari Al-Jazeera yang bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” berdurasi 25 minit 50 saat didakwa mempunyai unsur perkauman. Dokumentari tersebut berkisar mengenai cara kerajaan Malaysia mengendalikan COVID-19 di Malaysia. Al-Jazeera  mencuba untuk menyalahkan kerajaan Malaysia kerana mengambil kesempatan dengan melakukan penindasan kaum dan diskriminasi terhadap warga asing.

Selepas dokumentari tersebut disiarkan, beberapa rakyat Malaysia tampil memberi pandangan di platform media sosial dengan mempertahankan kerajaan Malaysia. Agensi media antarabangsa itu didakwa sengaja ingin memburukkan nama Malaysia dengan mengemukakan tuduhan tidak berasas dengan kajian yang separuh jalan.

Dalam dokumentari tersebut, Al-Jazeera menampilkan satu sesi bersama seorang pemuda warga Bangladesh yang didakwa cuba mengapi-apikan situasi dengan mengkritik kerajaan Malaysia. Pemuda ini dilaporkan telah dilarang untuk berjumpa dengan rakannya yang ditahan oleh pihak berkuasa. Rakyat Malaysia menyifatkan pemuda ini tidak memahami undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Rakyat Malaysia turut menambah bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, tiada rakyat yang dibenarkan untuk keluar rumah. Dengan dakwaan untuk menyangkal dakwaan pemuda tersebut. Rakyat Malaysia juga menyifatkan bahawa pemuda Bangladesh ini tidak bersyukur dengan segala bantuan dan layanan baik yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Sikap tidak bertanggungjawab pemuda ini dilihat tidak sepatutnya berlaku. Malahan, rakannya yang ditahan juga dikategorikan sebagai PATI. Berikutan itu, satu petisyen telah dibuat oleh rakyat Malaysia agar Al-Jazeera membuat permohonan maaf kerana mencuba menyebarkan berita yang tidak benar. Tambahan, rakyat Malaysia juga menyeru agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menyifatkan dokumentari tersebut lebih cnderung untuk mencari kesalahan kerajaan Malaysia dan bukannya melaporkan cara bagaimana kerajaan Malaysia menangani penularan wabak COVID-19 dalam kalangan warga asing.

BACA JUGA :   Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Pesakit Muslimah Buat Rawatan Gigi

“Sekiranya mereka (PATI) dilayan seperti binatang, kenapa majoriti mereka tidak mahu pulang ke negara asal? Ini menunjukkan bahawa mereka memperakui kerajaan Malaysia tidak berlaku zalim ke atas PATI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here