Safer telah ditubuhkan pada 1 May 2020 yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur. Safer masih lagi diusahakan lagi oleh Daulah Holding untuk menjadikan Safer sebuah perkhidmatan ‘e-hailing’ yang setaraf dengan syarikat-syarikat ‘e-hailing’ yang lain.

SaferGo menawarkan perkhidmatan perjalanan pacuan empat roda dengan menggunakan kereta berdaftar yang paling terkini dari tahun 2011 sehingga 2020 seperti Proton Saga, Perodua Axia, Proton Perdana, Perodua Myvi dan yang lain-lain. Perkhidmatan SaferGo lebih murah berbanding perkhidmatan lain namun pilihan terletak di atas pengguna Safer.

Safer Gold pula menawarkan perkhidmatan dengan menggunakan kereta yang mempunyai sisi besar seperti Mercedes, Porshe, BMW, Toyota dan sebagainya. Perkhidmatan ini sesuai untuk mereka yang menginginkan perjalanan yang lebih selesa dan merasa pengalaman menaiki kereta bersisi besar.

BACA JUGA :   Satu Sentuhan Sahaja Anda Boleh Tempah Semua Perkhidmatan Safer

SaferGo Xtra adalah menawarkan perkhidmatan kereta tetapi kereta dengan kapasiti yang lebih besar dan sesuai untuk pengguna yang lebih daripada empat orang. Perkhidmatan ini boleh digunakan dengan kereta seperti Perodua Alza, Proton Exora, Toyota Avanza, Toyota Innova dan sebagainya.

Perkhidmatan yang ditawarkan selain ketiga-tiga diatas ialah Safer Indulge di mana perkhidmatan ini menggunakan kereta yang lebih besar seperti Toyota Alphard, Hyundai Starex, Toyota Vellfire dan Nissan Serena.

Pengguna boleh muat turun aplikasi Safer di Google Apps Store bagi pengguna Android atau Apple Apps Store bagi pengguna Iphone. Pendaftaran bagi pengguna adalah sangat cepat.

• WEBSITE : https://www.safer.my/
• FACEBOOK : https://www.facebook.com/saferasia/
• INSTAGRAM : https://www.instagram.com/safer.my/
• TWITTER : https://twitter.com/SAFERofficial
• YOUTUBE : https://bit.ly/safergroup

BACA JUGA :   Gunakan Perkhidmatan Safer Ride Untuk Pergi Ke Tempat Yang Anda Ingini

Khidmat Pelanggan : 01120586389

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here