JDT Sanjung Allahyarham Datuk Suleiman – Bapa Bola Sepak Johor
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedikasikan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan JDT kepada Bapa Bola Sepak Johor, Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor.
Tunku Ismail, yang merupakan pemilik Kelab Bola Sepak JDT, menyifatkan kemenangan itu adalah janji beliau kepada allahyarham untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor.

“Kesetiaan adalah apabila kita meneruskan legasi seseorang bukan hanya ketika mereka masih ada, tetapi juga meneruskan legasi itu ketika mereka sudah tiada lagi di dunia ini”,ujar TMJ.
“Saya dedikasikan piala ini kepada arwah Dato’ Suleiman Mohd Noor yang baru meninggal dunia pada 7 Ogos lalu, individu yang pernah membawa pasukan Johor memenangi Piala Malaysia 26 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1991,” kata Tunku Ismail menerusi catatan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers baru-baru ini.

Menurut TMJ, walaupun Piala Malaysia bukanlah keutamaan JDT, tetapi ianya tetap merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan seluruh warga JDT ingin mendedikasikan piala berkenaan kepada allahyarham bagi mengenang jasanya selaku Bapa Bola Sepak Johor.
Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong serta keluarga Johor Darul Ta’zim serta tahniah kepada pemain, pegawai dan pengurusan pasukan.
JDT dinobatkan juara Piala Malaysia 2017 selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
