Teringin nak makan macam-macam benda kan tapi susah sangat nak keluar. Jangan risau, Safer Food bersedia untuk membantu melunaskan ‘craving’ anda.
Safer Food adalah perkhidmatan makanan yang terdapat di dalam Safer dengan menyediakan pelbagai jenis juadah makanan samaada dari tempat yang jauh mahupun dekat.
Bagaimana ingin mendapatkan perkhidmatan Safer Food ini? Muat turun aplikasi Safer di dalam Google Play Store atau Apple Store dan daftar sebagai user di situ. Untuk lebih mudah sesi pendaftaran, boleh tekan link di bawah.
USER : http://tinyurl.com/yae44s6u
Jika keliru dan kurang faham bagaimana untuk mendaftar sebagai user, video di bawah akan menerangkan cara-cara untuk berdaftar supaya anda lebih mudah faham.
Di dalam aplikasi tersebut, user boleh memilih kedai dan pelbagai jenis makanan yang terdapat di dalam itu. Jika keliru bagaimana untuk menempah makanan, Safer telah membuat satu video untuk menerangkan tentang bagaimana memesan makanan di dalam Safer Food.
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan lain yang disediakan di Safer. Antaranya seperti Safer Ride dan Safer Delivery.
Pengguna yang hendak ke destinasi pilihan mereka boleh memilih perkhidmatan Safer Ride. Terdapat beberapa jenis kenderaan yang boleh dipilih oleh pengguna.
-
SaferGo : kenderaan yang telah dikeluarkan pada tahun 2011 hingga yang paling terkini. Contoh kereta ialah seperti Perodua Myvi, Perodua Axia, Proton Saga dan macam-macam lagi.
-
Safer Gold : kenderaan yang mempunyai enjin berCC besar. Kereta ini sesuai untuk mereka yang hendak ke sesuatu majlis. Contohnya seperti BMW, Mercedes, Porsche dan macam-macam lagi.
-
SaferGo Xtra : kereta jenis MPV yang mempunyai tujuh tempat duduk dan keluasan yang selesa. Kereta jenis ini sesuai untuk pengguna yang lebih daripada 3 orang.
-
Safer Indulge : kereta yang mempunyai saiz lebih besar daripada MPV. Kereta jenis ini sesuai untuk pengguna yang hendak ke lapangan terbang.