Safer bukan sahaja dibuka untuk user, tetapi Safer juga menawarkan pendaftaran untuk Abang-abang Rider dan driver. Mereka boleh menjana pendapatan secara aktif apabila mendapat tempahan dari user Safer.
Bagi mendaftar sebagai ‘Abang Rider’ atau ‘Abang Driver’, muat turun aplikasi Safer Driver di Google Play Store atau Apple Store. Bagi lebih mudah, boleh tekan link di bawah dan berdaftar sebagai provider.
SAFER driver APPLE STORE : https://apple.co/2ZvyNeXSAFER driver GOOGLE PLAY STORE: https://bit.ly/2yp8ADH
Jika masih keliru, rider dan driver akan berdaftar sebagai provider di dalam Safer Driver dan pilih kenderaan yang ingin didaftarkan. Di situ, masukkan semua maklumat, lesen untuk pendaftaran anda. Bagi lebih mudah faham, tonton video di bawah.
Pendaftaran sebagai provider (rider atau driver) adalah percuma. Tiada cas yang akan dikenakan kepada user mahupun provider. Mudah, bukan? Selepas mendaftar, anda akan menjana pendapatan secara aktif apabila mendapat permintaan dari user Safer.
Info tambahan, Safer merupakan singkatan dari perkataan ‘Musaffir’ yang membawa maksud berhijrah. Sebutan yang betul Safer ialah Sa-Fir. Ejaannya safer dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud selamat namun Safer ini adalah berbeza. Safer ini ialah syarikat e-hailing yang mempunyai pelbagai perkhidmatan ditawarkan.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer ialah Safer Ride, Safer Delivery, Safer Food dan Safer Swift. Kesemua perkhidmatan ada dalam satu aplikasi sahaja yang memudahkan user untuk membuat tempahan, tidak perlu muat turun aplikasi lain untuk mendapatkan perkhidmatan dari Safer.
Safer Delivery
Perkhidmatan Safer Delivery ialah perkhidmatan penghantaran barang yang ditempah secara online. Safer Delivery mempunyai dua jenis iaitu,
Single Delivery : Penghantaran hanya ke satu lokasi sahaja dalam satu-satu masa.
Multiple Delivery : Penghantaran barang yang boleh ke banyak lokasi dalam satu-satu masa.
Penghantaran barang adalah mengikut berat bungkusan tersebut, jika bungkusan kurang dari 10 kg, digalakkan untuk menggunakan motorsikal namun jika bungkusan lebih dari 10 kg digalakkan menggunakan kereta untuk mengelakkan sebarang kerosakan pada bungkusan.
Safer Food
Safer Food ialah perkhidmatan penghantaran makanan yang ditempah oleh user Safer. Kesemua jenis makanan boleh didapati di dalam satu aplikasi sahaja. Safer Food mempunyai empat kaedah iaitu lakukan tempahan, penyediaan, penghantaran dan penerimaan.
Safer Swift
Safer Swift ialah perkhidmatan penghantaran penumpang menggunakan motorsikal. Perkhidmatan ini sesuai untuk mereka yang ingin cepat sampai ke destinasi dan tidak perlu menempuh kesesakan lalu lintas yang teruk.
-
Website : https://www.safer.my/
- Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
-
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
-
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
-
Youtube :https://bit.ly/safergroup