Anda ingin sambung belajar ke luar negara tetapi tidak tahu bagaimana untuk berdaftar? Jangan risau, Daulah Educonsult akan membantu anda terutama pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level atau setarafnya dengan memberi khidmat konsultan kepada anda. Negara apa yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult? Banyak dan antaranya ialah Rusia, Mesir, Bangladesh, Indonesia dan Poland dengan tawaran bidang yang pelbagai.
Bidang yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult antaranya ialah kejuruteraan, kejuruteraan pesawat, perubatan, farmasi, veterinar, pengajian Islam, bahasa Arab. pengajian teknologi antarabangsa dan sebagainya. Yuran khidmat konsultan Daulah Educonsultadalah murah dan berpatutan dengan kesesuaian pelajar.
Bagi pelajar yang ingin belajar tetapi tidak mempunyai sebarang sijil, boleh berdaftar ke Program Madrasah Daulah dan Maahad Buuth yang mana dibuka kepada mereka yang berusia 12 hingga 30 tahun. Pelajar yang memasuki Program Madrasah Daulah dan Maahad Buuth akan berpeluang untuk sambung belajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir tetapi pelajar perlu menduduki ujian Imtihan Qabul untuk melepasi masuk ke Maahad Buuth di Madrasah Daulah.
Sekiranya pelajar medapat keputusan yang kurang memuaskan akan ditempatkan di Dirosoh Khossoh untuk pembelajaran secara berperingkat mengikut tahap kemampuan pelajar. Pelajar yang melepasi Maahad Buuth akan berpeluang sambung Universiti Al-Azhar, Mesir yang bertempat di Cairo, Mesir.
Selain Mesir, pelajar juga akan ditawarkan untuk sambung belajar ke negara Bangladesh. Di sini pelajar akan diberi tawaran untuk sambung belajar ke intitusi terbaik di mana salah satunya ialah Dhaka Medical College yang mana kolej ini mempunyai Hospital Dhaka yang mempunyai elemen-elemen lengkap untuk pembelajaran bidang kedoktoran.
Negara lain yang Daulah Educonsult tawarkan kepada pelajar ialah Indonesia dengan bidang yang ditawarkan ialah perubatan, farmasi, pergigian, veterinar, pengajian Islam dan lain-lain. Universiti yang merupakan salah satu universiti terbaik di Indonesia ialah Universitas Hasanuddin, Makassar yang mana universiti ini secara rasminya diisytiharkan sebagai institusi perubatan dengan nama ‘Fakultas Kedokteran Makassar’.
Di Indonesia terdapat juga universiti lain yang ditawarkan seperti Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifudin Jambi (IAIN STS Jambi), Institut Pertanian Bogor, Bandung, Universitas Gadjah Mada, Universiti Sumatera Utara, Medan dan banyak lagi. Syarat untuk sambung belajar ke Indonesia hendaklah mendapat B dalam subjek sains bagi SPM, CGPA 3.0 bagi Matriks, STPM, Asasi IPT dan mendapat B dalam semua subjek sains bagi A-level.
Daulah Educonsult juga menawarkan universiti terbaik di Rusia yang menawarkan bidang perubatan, gerontology, kejuruteraan, kejuruteraan pesawat, pengurusan perniagaan antarabangsa dan lain-lain.
Universiti terbaik yang ditawarkan Daulah Educonsult ialah Kursk Medical University di mana universiti ini merupakan 10 universiti terbaik di Rusia. KSMU juga merupakan universiti pertama yang menggunakan bahasa Inggeris dalam program latihan perubatan. KSMU menawarkan bayaran secara lock-fee dimana yuran dan bayaran yang dikenakan kepada pelajar adalah tetap.
Negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult selain Mesir, Bangladesh, Indonesia dan Rusia, Poland juga ditawarkan kepada pelajar yang ingin sambung belajar ke luar negara. Universiti yang ditawarkan di Poland ialah Medical University of Lodz yang telah mendapat pengiisytiharan dengan “Pendidikan Perubatan Terbaik pangkat Pertama dalam Ujian Perubatan Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013.
Selain itu, terdapat juga Medical University of Warsaw yang menggunakan bahasa Inggersi dalam ijazah sepenuh masa dalam bidang pergigian, perubatan dan farmasi. Universiti lain yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Warsaw University of Technology, Vincent Pol University dan Vistula University. Bidang yang ditawarkan di Poland ialah perubatan, kejuruteraan, teknologi maklumat, pengajian perniagaan antarabangsa dan lain-lain.
Jika ingin mendapatkan sebarang maklumat dengan lebih teliti dan jelas, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Hubungi talian hotline : 0392851322 Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...