Safer ialah syarikat e-hailing yang mempunyai persaingan sengit dengan syarikat e-hailing lain yang terdapat di Malaysia. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer ialah Safer Ride,Safer Delivery, Safer Food and Safer Swift yang mana semua ini boleh didapati dalam satu aplikasi sahaja.
Namun Safer juga membuka ruang membina kerjaya bersama Safer. Caranya berdaftar sahaja sebagai Safer Delivery Partner atau Safer Driver di dalam aplikasi Safer. Muat turun aplikasi Safer Driver di Google Play Store atau Apple Store kemudian lakukan pendaftaran dalam aplikasi tersebut. Jika rasa pening-pening, tekan sahaja link di bawah untuk melakukan pendaftaran.
Selepas memuat naik aplikasi Safer Driver, jangan lupa untuk melakukan pendaftaran dengan memasukkan beberapa dokumen, gambar ke dalam aplikasi tersebut. Agak keliru? Tonton video yang telah disediakan di bawah.
Selepas mendaftar sebagai Safer Driver atau Safer Delivery Partner, anda akan dapat job apabila pengguna mula menggunakan salah satu perkhidmatan di dalam aplikasi Safer. Sebelum mendapat job, driver perlu menunggu akaun sebagai Safer Driver atau Safer Delivery Partner daripada pihak Safer diaktifkan. Video di bawah ada menerangkan bagaimana untuk mendapatkan job di Safer.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer ialah Safer Ride, Safer Delivery, Safer Food dan Safer Swift.
Safer Ride ialah perkhidmatan membawa penumpang menggunakan kereta manakala Safer Swift ialah perkhidmatan membawa penumpang menggunakan motorsikal. Safer Delivery ialah perkhidmatan menghantar bungkusan menggunakan motorsikal atau kereta dan Safer Food ialah perkhidmatan menghantar makanan yang ditempah oleh userSafer.
Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Isu Parenting Masa Kini yang Wajib Ibu Bapa Cakna
Dalam dunia yang semakin moden dan dipenuhi teknologi, cabaran keibubapaan hari ini jauh berbeza berbanding generasi...
Bidang pergigian merupakan salah satu profesion yang sentiasa mendapat permintaan dalam sektor kesihatan. Setelah menamatkan pengajian dalam bidang pergigian, graduan bukan sahaja berpeluang menjadi...
Jepun sering menjadi pilihan utama keluarga yang ingin menikmati percutian yang selamat, menyeronokkan dan penuh pengalaman baharu. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil,...