Daulah Educonsult ialah syarikat konsultan yang membantu pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya untuk sambung belajar ke luar negara. Negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult untuk sambung belajar ke luar negara ialah Rusia, Poland, Indonesia, Mesir dan Bangladesh dengan bidang antaranya ialah perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, pengajian Islam, bahasa Arab, kejuruteraan, teknologi maklumat antarabangsa dan lain-lain.
Sungguhpun begitu, negara yang banyak menawarkan bidang perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar ialah Bangladesh yang mana universiti di sana menyediakan alatan yang lengkap untuk melakukan praktikal. Universiti atau institusi yang popular di sana ialah Dhaka Medical College yang terletak di tengah-tengah bahagian lama Kota Dhaka. Kolej berkenaan juga mempunyai hospital sendiri iaitu Hospital Dhaka yang dibina pada tahun 1982.
Hospital Dhaka menyediakan kelengkapan yang lengkap dalam teater operasi dengan makmal untuk penyiasatn dan lain-lain. Selain itu, pelajar yang berhasrat untuk sambung belajar ke bidang pergigian, Daulah Educonsult menawarkan Dhaka Dental College yang merupakan institusi pergigian terbesar di Bangladesh. Kolej ini juga merupakan satu-satunya kolej pergigian kerajaan dan ditubuhkan pada Ogos 1961.

Mymensigh Medical College juga menawarkan bidang perubatan kepada pelajar-pelajar yang mana kolej ini ialah kolej perubatan kerajaan Bangladesh. Kolej ini ditubuhkan pada 1924 sebagai ‘Sekolah Perubatan Lytton’ malah kolej ini juga terdapat hospitalnya sendiri yang diberi nama Hospital Kolej Perubatan Mymensigh yang mempunyai keluasan 58 ekar.
Institusi ini merupakan institusi kedua selepas Kolej Perubatan Dhaka yang dikenali sebagai Chittagong Medical College ditubuhkan pada tahun 1948. Institusi ini merupakan kolej tertua kedua di Bangladesh yang terletak di Bandar Port, Chittagong of Bangladesh. Kolej ini dibina pada tahun 1969 dengan enam tingkat disiapkan yang kini telah menempatkan klinik, jabatan termasuk semua subspesifikasinya.
Institusi yang terkenal di Bangladesh ialah M.A.G Osmani College di Sylet yang ditubuhkan pada tahun 1936. Pada mulanya insitusi ini dikenali sebagai Hospital Institusi bagi tentera India British namun ianya tekah dinaiktaraf kepada Hospital Perubatan Kolej. Daulah Educonsult juga menawarkan bidang veterinar yang mana pelajar boleh menlanjutkan pelajaran ke Bangladesh Agricultural University (Veterinary Science). Universiti Pertanian Bangladesh (BAU) merupakan satu-satunya universiti yang diikitiraf sebagai Universiti Pertanian Bangladesh di negara tersebut,  Pada mulanya ia berfungsi sebagai Kolej Penternakan Haiwan dan Sains Veterinar.
Bagi pelajar yang berminat untuk mendapatkan khidmat konsultan daripada Daulah Educonsult, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Hubungi talian hotline : 0392851322 
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here