Safer Food merupakan salah satu perkhidmatan yang terdapat di dalam aplikasi Safer. Namun. Safer juga membuka tawaran kepada mereka yang mempunyai perniagaan makanan sendiri atau mempunyai kemahiran dalam masakan untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant.
Siapa yang boleh berdaftar? Suri rumah, peniaga kecil, restoran adalah yang layak untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant. Di sini anda akan memperoleh pendapatan secara berterusan melalui tempahan yang dibuat oleh pengguna. Bagaimana untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant? Muat turun aplikasi Safer Food di Google Play Store atau Apple Store. Anda juga boleh tekan link di bawah untuk lebih mudah.
Selepas muat turun aplikasi tersebut, jangan lupa untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant di dalamnya. Diingatkan di sini, anda harus memasukkan kesemua maklumat anda dan kedai bagi memudahkan pengkatifan akaun dilakukan. Beberapa dokumen perlu dimasukkan ke dalam Safer Food. Video di bawah menerangkan serba sedikit bagaimana untuk melakukan pendaftaran.
Apabila telah melakukan pendaftaran, jangan lupa untuk memasukkan kesemua maklumat kedai anda. Seterusnya, hendaklah mencantikkan kedai anda mengikut kepada kreativiti anda tersendiri. Makin kreatif kedai makanan anda dihiasi, makin ramai yang akan tertarik dan melakukan tempahan kepada anda.
Video di bawah akan menerangkan serba sedikit tips untuk mencantikkan kedai anda.
Mudahkan? Jadi apabila sudah berdaftar, hanya perlu tunggu sahaja tempahan makanan daripada pengguna Safer. Pasti ramai yang akan menempah makanan. Tetapi bagaimana untuk menguruskan tempahan yang ditempah oleh pengguna? Video di bawah ada cara untuk menguruskannya dengan betul.
Tiada apa yang mustahil untuk berniaga secara dalam talian. Dari sini, kedai anda pasti akan dapat dipromosi ke orang ramai.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Safer dan mengetahui lebih lanjut tentang Safer Food, sila layari laman web atau hubungi nombor di bawah.
Siapa kat sini suka tentang kapal terbang? suka enjin kenderaan? posting kali ni memang untuk korang.
ada perbezaan tau antara kejuruteraan mekanik dan kejuruteraan pesawat...
Siapa ada pengalaman kerja sambilan sambil belajar? biasanya kerja sambilan (Part time job) student degree selalu buat atau pelajar yang tengah cuti sem atau...
Khasiat Apple Cider Vinegar untuk Kesihatan: Rahsia di Sebalik Cuka Epal
Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal bukan sahaja popular sebagai bahan dapur atau...