Safer ialah sebuah syarikat e-hailing yang menawarkan berbagai perkhidmatan kepada pengguna. Kesemua perkhidmatan tersebut boleh didapati dengan hanya dalam satu aplikasi sahaja yang mana boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple Store.
Sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2020, Safer telah mengeluarkan kupon RM5 untuk potongan sebanyak RM5 bagi semua perkhidmatan di Safer. Pengguna Safer yang berdaftar akan menerima kupon tersebut secara automatik.
Bagi mendapatkan aplikasi Safer, muat turun sahaja di Google Play Store atau Apple Store serta boleh juga tekan link di bawah untuk jalan pintas.
User : http://tinyurl.com/y5wxt4nj
Perkhidmatan yang terdapat di Safer ialah,
SAFER RIDE
Safer Ride ialah perkhidmatan menempah kenderaan (kereta) bagi menuju ke destinasi yang dituju. Safer Ride juga terdapat beberapa jenis kenderaan yang digunakan iaitu,

  • SaferGo, kereta yang digunakan ialah kereta yang dikeluarkan dari tahun 2011 hingga 2020. Contoh kereta tersebut ialah Perodua MYvi, Proton Saga 2020, Proton Perdana 2020 dan lain-lain.
  • Safer Gold, kereta yang digunakan ialah kereta yang mempunyai CC besar atau mewah. Contoh kereta Safer Gold seperti BMW, Mercedes, Porsche dan lain-lain.
  • SaferGo Xtra, kereta yang digunakan ialah kereta yang mempunyai enma tempat duduk atau MPV. Contoh kereta seperti Perodua Alza, Proton Exora, Toyota Avanza dan lain-lain.
  • Safer Indulge, kereta yang mempunyai saiz yang besar seakan-akan minibus. Kereta ini sesuai untuk mereka yang ingin menuju ke lapangan terbang. Contohnya seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan lain-lain.
SAFER FOOD
Safer Food ialah perkhidmatan penghantaran makanan yang ditempah. Apa jenis makanan yang boleh didapati di Safer Food? Pelbagai jenis makanan boleh didapati di Safer Food, tidak kira panas atau sejuk, jauh atau dekat. Pasti dapat menyangkan perut anda.
SAFER DELIVERY
Safer Delivery ialah perkhidmatan penghantaran barang atau bungkusan dengan menggunakan motorsikal atau kereta. Safer Delivery juga menyediakan dua jenis perkhidmatan iaitu,
  • Single Delivery, penghantaran barang yang hanya boleh dihantar ke satu lokasi sahaja dalam satu-satu masa.
  • Multiple Delivery, penghantaran barang yang boleh dihantar ke banyak lokasi dalam satu-satu masa.

Safer Delivery juga tidak mengenakan syarat untuk menghantar barangan jenis apa, samaada berat atau tajam, semuanya boleh dihantar. Tetapi jika berat bungkusan itu kurang daripada 10 kg, hendaklah dihantar menggunakan motorsikal, sekiranya banyak dan lebih daripada 10 kg gunakanlah kereta bagi mengelakkan kerosakan.
Banyakkan perkhidmatan di Safer? Jadi apa tunggu lagi, muat turun aplikasi Safer sekarang! Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap, sila layari laman web yang terdapat di bawah dan nombor telefon yang tertera.
?️   Website : https://www.safer.my/
?️   Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
?️   Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
?️   Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
?️   Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here