Safer telah membuka ruang kepada mereka yang sedang mencari pendapatan sampingan dengan membuka pendaftaran sebagai Safer Delivery Partner dan Driver. Pendaftaran tersebut adalah percuma.
Selain itu, mereka yang berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver boleh jana pendapatan secara aktif dan pasif dalam masa yang sama. Bagaimana untuk dapatkan jawatan tersebut? Muat turun sahaja aplikasi Safer Driver di Google Play Store atau Apple Store serta boleh juga tekan link di bawah untuk lebih mudah ataupun imbas QR kod sahaja untuk muat turun.
Selepas muat turun, jangan lupa untuk melakukan pendaftaran akaun anda sebagai Safer Delivery Partner dan Driver. Bagi mengaktifkan akaun, beberapa dokumen atau meklumat perlu dimuat naik di dalam aplikasi Safer Driver. Video di bawah akan menunjukkan caranya bagaimana.
Jadi apabila sudah berdaftar, anda hendaklah bijak dalam menguruskan segala tempahan yang dilakukan oleh pengguna. Sekiranya tempahan diterima terlalu banyak dalam satu-satu masa, anda boleh membatalkan job tersebut. Bagaimana untuk menerima dan menolak job? Lihat sahaja video di bawah.
Mudahkan? Tetapi bagaimana pula dengan cara untuk membatalkan job? Caranya adalah lebih kurang sama tetapi tekan sahaja butang ‘cancel’ untuk membatalkan tempahan pengguna.
Jadi, sebagai pemandu e-hailing, perlu ke berdaftar PSV license? PSV license adalah lesen yang wajib dibuat oleh semua pemandu e-hailing seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). EVP juga perlu ada bagi berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver. Apa beza PSV license dan EVP? Video di bawah akan menerangkan serba sedikit mengenai itu.
Jadi, banyakkan maklumat yang boleh dapat? Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Safer, tekan sahaja link di bawah serta nombor yang tertera.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...