Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa sijil SPM atau STAM kini sudah boleh berbuat demikian namun bersyarat. Syaratnya adalah pelajar tersebut perlu tamatkan pengajian di Madrasah Daulah dan seterusnya ke Maahad Buuth. Setelah tamat pengajian, pelajar akan menyambung pula ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Ikuti perkongsian Deenamik di bawah :
MADRASAH DAULAH
Madrasah Daulah adalah platform pelajar yang tiada sijil SPM dan STAM untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Untuk melanjutkan pengajian ke universiti ini, pelajar perlu mendaftar dengan Daulah Educonsult terlebih dahulu. Seterusnya, pelajar akan dipersiapkan untuk menghadapi ujian Imtihan Qabul bagi melayakkan diri pelajar ke Maahad Buuth. Pelajar perlu menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan untuk nama naik bagi menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth.
MAAHAD BUUTH
Maahad Buuth adalah sekolah menengah kebangsaan yang dibawah kelolaan Institusi Al-Azhar. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth tidak perlu membayar yuran pengajian mahupun kos tenaga pengajar. Pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan belajar sahaja. Hal ini kerana Maahad Buuth bersifat sekolah kebajikan.
Pelajar yang pass dalam ujian Imtihan Qabul akan ditempatkan sama ada di Maahad Buuth atau Dirosah Khossoh bergantung kepada tahap penguasaan pelajar dalam peperiksaan tersebut. Jika cemerlang, pelajar akan ditempatkan di Maahad Buuth. Namun jika kurang cemerlang, pelajar akan ditempatkan di Dirosah Khossoh yang merupakan pra menengah.
Sistem pembelajaran di Maahad Buuth mengamalkan sistem lompat kelas. Pelajar dibenarkan lompat sehingga 2 kelas jika cemerlang dalam peperiksaan. Oleh itu, bukan satu kejanggalan jika dalam satu ekals itu terdapat pelajar yang muda dan berusia.
Tempoh pengajian di Maahad Buuth adalah selama 2 tahun dan ke atas bergantung kepada tahap penguasaan pelajar.
UNIVERSITI AL-AZHAR
Setelah tamat pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam selama 4 tahun. Pengajian Islam terbahagi kepada 3 bidang iaitu bidang Usuluddin, Bahasa Arab dan Syariah Islamiah. Anda bebas untuk memilih bidang anda.
Jika anda seorang yang sabar, tekun menuntut ilmu, anda pasti berjaya menamatkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar. Kemasukan seterusnya ke Madrasah Daulah adalah pada SEPTEMBER 2020. Anda yang berminat digalakkan daftar lebih awal sebelum kuota yang ditawarkan penuh.
Syarat kelayakan untuk menjadi salah seorang pelajar di Madrasah Daulah adalah pelajar lelaki atau perempuan yang berumur 12 tahun hingga 30 tahun. Seawal usia muda anda sudah dapat melanjutkan pengajian di bumi anbiya’. Satu pengalaman yang istimewa.
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)