Daulah Educonsult sebuah syarikat yang menawarkan khidmat konsultan untuk membantu pelajar yang berhasrat untuk sambung pengajian ke luar negara. Pelajar akan ditawarkan dengan beberapa buah negara oleh Daulah Educonsult iaitu Rusia, Mesir, Indonesia, Poland dan Bangladesh.
Selain itu, Daulah Educonsult juga menawarkan beberapa bidang yang menarik dan peka dengan kehendak pelajar iaitu pengajian Islam, bahasa Arab, kejuruteraan, kejuruteraan pesawat, perubatan, farmasi dan banyak lagi bidang lain yang ditawarkan.
Sering kali pelajar akan memilih negara padang pasir iaitu Mesir kerana di sana terdapat sebuah universiti yang terkemuka di dunia dan merupakan pusat pengajian Islam dunia iaitu Universiti Al-Azhar. Kemasukan ke universiti hendaklah mempunyai sijil SPM, STPM, Matrikulasi, A-level, O-level atau setaraf dengannya.
Tapi, Daulah Educonsult juga membuka peluang kepada mereka yang tidak mempunyai sebarang sijil untuk belajar. Mereka akan berdaftar masuk ke program Madrasah Daulahyang terletak di Kaherah, Mesir seawal usia 12 tahun! Tawaran ini dibuka kepada mereka yang berumur 12 hingga 30 tahun.
Semasa di dalam program tersebut, pelajar akan didedahkan dengan beberapa subjek yang terdiri daripada
? Tahsiinul Qur’an
? Tahfizul Qur’an
? Talaqqi Dalaman
? Pengajian Bahasa Arab
? Pengajian Umum
? Program Study Tour
? Talaqqi Kitab Bersama Syeikh