Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meluluskan pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai garis panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum di sekolah yang akan berkuatkuasa pada 1 September ini.
Garis panduan tersebut turut membenarkan aktiviti di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dengan situasi keadaan yang boleh dikawal.
Aktiviti sukan dan kokurikulum ini merangkumi dari garsi panduan secara bersemuka, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob.
Aktiviti sukan dan kokurikulum hendaklah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belian dan Sukan (KBS) serta KPM yang sedia ada, tambah Datuk Seri Ismail Yaakob.
Tambah beliau lagi, kerajaan juga telah meluluskan garis panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Teknikan Dan Vokasional yang akan berkuatkuasa pada 1 September ini.
Berikutan dengan kelulusan tersebut, sebanyak 89 lebih dan ke atas buah Kolej Vokasional serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Teknik yang terpilih.