Safer telah membuka ruang kepada orang ramai untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan berdaftar sebagai Safer Delivery Partner & Driver. Pendaftaran adalah percuma sahaja! Hanya perlu masukkan beberapa dokumen dan maklumat sahaja untuk pengaktifan akaun.
Bagaimana untuk berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver ni? Muat turun aplikasi Safer Driver melalui Google Play Store bagi pengguna Android atau Apple Store untuk pengguna Apple. Selain itu, boleh juga tekan laman web yang dipaparkan di bawah ini.
Sebelum memulakan segala tempahan yang dibuat oleh pengguna, anda perlu memasukkan beberapa maklumat dan dokumen yang lengkap untuk aktifkan anda sebagai Safer Delivery Partner dan Driver. Pastikan anda mengisi kesemua maklumat yang diminta oleh Safer. Video di bawah akan menerangkan untuk melakukan pendaftaran.
Di sini pastikan tidak termasuk maklumat yang salah. Anda juga boleh memilih perkhidmatan mana yang ingin didaftarkan sama ada Safer Ride, Safer Delivery atau Safer Food. Selepas melakukan pendaftaran, anda hendaklah tahu bagaimana untuk menguruskan tempahan yang dibuat oleh pengguna. Video di bawah akan menunjukkan bagaimana untuk menerima job daripada pengguna.
Tetapi sebelum terlupa, anda diwajibkan berdaftar untuk memperoleh lesen PSV dan EVP seperti yang diwajibkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Apa itu PSV dan EVP? Haa video di bawah akan menerangkan serba sedikit apa itu PSV dan EPV.
Mudahkan untuk berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver? Selain itu, anda juga boleh memperoleh pendapatan aktif dan pasif secara serentak. Bagaimana?
Pendapatan aktif dapat dijana apabila pengguna membuat tempahan kepada anda. Semakin banyak tempahan yang dibuat, semakin pendapatan aktif akan dijana. Tapi macam mana pula dengan pendapatan pasif?
Pendapatan pasif boleh dijana apabila anda kongsikan referral code anda kepada orang lain. Referral code tersebut boleh didapati dalam aplikasi Safer Driver. Pergi terus ke
‘Invite Friends‘ dan di situ anda akan dapat satu kod untuk dikongsikan. Anda akan peroleh pendapatan sebanyak 1% daripada bayaran khidmat yang dikenakan kepada pengguna.
Mudahkan? Apa tunggu lagi? Berdaftar lah sekarang sementara peluang masih ada!
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web dan nombor yang tertera di bawah.
Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Sama ada tekanan di tempat kerja, di rumah, atau dalam perhubungan, cara kita menghadapinya akan...
Menunggu keputusan UPU boleh menjadi satu tempoh yang penuh dengan ketidakpastian dan tekanan. Ramai pelajar menghabiskan masa berbulan-bulan menanti tanpa mengambil sebarang langkah alternatif....
Dalam kalangan pelajar Malaysia yang bercita-cita menjadi doktor, pemilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sering menjadi topik hangat, terutama sekali kalau pelajar yang...