Sisi Positif COVID-19 : Bilionair Sarung Tangan Malaysia

0
667

Pandemik COVID-19 menyaksikan beberapa negara mengalami kegoyahan ekonomi disebabkan oleh berlakunya penguncupan ekonomi dan juga krisis kewangan. Namun berbeza untuk syarikat pengusaha sarung tangan. Riverstone adalah pengeluar sarung tangan terbesar di Malaysia. Hal ini kerana sarung tangan mendapat permintaan yang agak tinggi sepanjang tempoh berlakunya pandemik COVID-19 ini.

Wong Teek Son, pengasas bersama Riverstone Holdings Ltd menjadi bilionair kelima negara hasil daripada sektor pengeluaran sarung tangan. Kekayaan beliau dianggarkan bernilai hampir RM5.0 bilion kerana saham syarikatnya mencatatkan rali hampir enam kali ganda dari paras rendah pada Mac. Namun jurucakap Riverstone enggan mengulas mengenai nilai kekayaan Teek Son.

Namun minggu lalu, Presiden Russia memaklumkan bahawa negara itu telah berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 pertama di dunia untuk digunakan. Hal ini secara langsung akan menyebabkan syarikat sarung tangan terjejas. Syarikat Moderna Inc. dan Johnson & Johnson bersetuju untuk membekalkannya.

Bagi sektor pembuatan sarung tangan, Riverstone boleh dianggap sebagai ‘leader’ kerana berjaya menghasilkan sekitar 65 peratus bekalan dunia untuk sarung tangan getah. Kementerian Perusahaan perladangan dan Komoditi turut mengujurkan eksport akan meningkat sehingga 45 peratus tahun ini.

Selain Riverstone, Top Glove Corp dan Hartalega Bhd juga beradala dalam kalangan lima syarikat paling bernilai dalam indeks penanda aras ekuiti Malaysia.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here