Madrasah Daulah merupakan sebuah tahfiz yang terletak di Kaherah, Mesir. Madrasah ini menawarkan pembelajaran tanpa sijil kepada mereka yang benar-benar berminat dan bersemangat untuk belajar. Pendaftaran di Madrasah Daulah tidak memerlukan sebarang sijil yang mana terbuka kepada mereka bermula dari umur 12 hingga 30 tahun.
Pelajar yang berminat boleh berdaftar ke Daulah Educonsult. Apa yang menariknya belajar di Madrasah Daulah ialah pelajar lepasan madrasah ini akan ditawarkan sambung belajar ke universiti ternama dunia iaitu Universiti Al-Azhar.
Semasa di Madrasah Daulah, pelajar akan didedahkan dengan beberapa subjek sebagai persediaan untuk menduduki ujian di sana. Subjek yang akan diberikan ialah
? Tahsiinul Qur’an
? Tahfizul Qur’an
? Talaqqi Dalaman
? Pengajian Bahasa Arab
? Pengajian Umum
? Program Study Tour
? Talaqqi Kitab Bersama Syeikh