Safer menawarkan jawatan kosong kepada mereka yang ingin jana pendapatan sampingan. Jawatan kosong tersebut ialah Safer Delivery Partner dan Driver yang mana pendaftaran tersebut adalah percuma.
“Safer pendaftarannya sangat mudah, tak banyak dokumen dan paling best bila pendaftaran pun percuma.” kata salah seorang pemandu Safer.
Safer sebuah aplikasi baru yang bersaing pesat dengan syarikat e-hailing yang lain dalam membantu mereka yang tidak mempunyai kerja atau dibuang kerja.
Pendaftaran sebagai Safer Delivery Partner dan Driver memerlukan dokumen dan maklumat daripada pemohon untuk mengaktifkan akaun mereka.
Safer telah menyiapkan video untuk melakukan atau cara melakukan pendaftaran.
Pengurusan aplikasi Safer juga mudah apabila Safer Delivery Partner dan Driver boleh tolak atau terima job yang dibuat oleh pengguna. Hanya dalam satu aplikasi sahaja, semua boleh diuruskan dan menjimatkan masa.
Menurut pengasas Safer, Tuan Syed Fuad berkata aplikasi Safer ditubuhkan adalah untuk membantu mereka yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan serta berhasrat untuk menjadi syarikat e-hailing yang selaras dengan syarikat e-hailing yang lain.
Tambahannya, Safer juga menawarkan pendapatan pasif kepada Safer Delivery Partner dan Driver. Pendapatan pasif ini boleh dijana sebanyak 1 peratus daripada jumlah bayaran yang dikenakan kepada pengguna.
Katanya lagi, pendapatan pasif boleh dijana dengan hanya perlu kongsikan referral code mereka kepada ahli keluarga atau rakan-rakan.
Dari situ, apabila makin ramai menggunakan kod itu pada salah satu perkhidmatan di Safer, makin banyak pendapatan akan diperoleh.
Jika ingin berhubung dengan maklumat lanjut, sila layari laman web dan nombor telefon yang tertera di bawah.
Pernah terfikir untuk menyambung pengajian ke luar negara, tetapi masih menunggu keputusan rasmi SPM?
Tahukah anda bahawa sesetengah universiti luar negara membenarkan pelajar memulakan proses...
“Anak saya dapat keputusan yang baik, tetapi tak berjaya mendapat tempat di IPTA untuk bidang yang diimpikan. Apa pilihan yang ada?”
Soalan ini mungkin pernah...
“Kalau anak pergi Rusia, selamat ke?”
Ini antara soalan pertama yang sering bermain di fikiran ibu bapa apabila anak mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian di...