Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar adalah sebuah Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al Azhar yang terletak di Kaherah Mesir. Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di insitusi pendidikan ini pasti mengetahui bahawa pengajian di Maahad Buuth adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar. Pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan pengajian manakala kos yuran ddan kos tenaga pengajar ditanggung sepenuhnya oleh Insitusi Al-Azhar.

Kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth, anda perlu menamatkan pengajian terelbih dahulu di Madrasah Daulah. Madrasah Daulah adalah platform pelajar menyiapkan diri untuk masuk ke Maahad Buuth. Kemasukan ke Maahad Buuth perlu melepasi Ujian Imtihan Qabul.

Kemasukan ke Madrasah Daulah adalah pada September 2020. Anda sudah boleh mula melakukan pendaftaran sebelum terlambat. Tambahan, kemasukan kali ini, Daulah Educonsult tawarkan kuota yang terhad. Oleh itu, lakukan pendaftaran segera.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar Luar Negara di Universiti Al-Azhar, Mesir

Ujian Imtihan Qabul ini bakal menentukan jika pelajar ditempatkan terus ke Maahad Buuth atau ke Dirosah Khossoh. Jika keputusan pelajar cemerlang, pelajar akan ditempatkan ke Maahad Buuth manakala jika sebaliknya, pelajar akan masuk ke Dirosah Khossoh yang merupakan pra menengah. Oleh itu, pengajian di Maahad Buuth adalah berdasarkan kepada penguasaan pelajar itu sendiri.

Maahad Buuth menggunakan sistem lompat kelas bagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar dibenarkan lompat sehingga 2 kelas. Oleh itu, tidak pelik jika terdapat pelajar yang muda dan berusia dalam satu kelas yang sama.

Selepas menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Pengajian Islam di universiti terulung di Mesir ini terbahagi kepada tiga pula iaitu Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiah. Tempoh pengajian bagi Pengajian Islam adalah selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Maahad Buuth Peluang Pelajar Lanjutkan Pengajian Sehingga Ke Universiti Al-Azhar.

Sebelum terlupa, kemasukan ke Madrasah Daulah tidak memerlukan sebarang sijil pendidikan khususnya SPM dan STAM. Pelajar lelaki dan perempuan yang berkeyakinan tinggi digalakkan melakukan permohonan.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here