Kejadian pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia adalah salah satu penyakit yang berbahaya di dunia. Negara pertama yang mengesan virus itu adalah Tanah Besar China yang melibatkan ribuan kematian rakyatnya di sana.
Virus itu dikesan selepas sebuah pasar malam di China dikesan menjadi punca virus itu terbentuk apabila pasar berkenaan menjual haiwan-haiwan eksotik seperti tenggiling, kelawar dan lain-lain binatang lagi.
Namun, China terus menetapkan pendiriannya bahawa tiada bukti kukuh menunjukkan bahawa virus itu berasal dari sana.
Menteri Luar Wang Yi mengatakan, isu pandemik ini tidak perlu dibabitkan dengan politik dan tidak seharusnya ada stigma berkaitan dengan China. Tambahannya lagi, negara itu telah dikesan mempunyai virus itu dan disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Walaupun begitu, kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan dari mana sebenarnya virus itu datang.
Katanya, “Sebenarnya, sejak beberapa bulan lalu, kami telah memperoleh laporan dan maklumat baru menunjukkan virus itu muncul di negara lain dan kebanyakkannya lebih awal dari China.
Tegasnya lagi, kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan dari mana sebenarnya virus itu datang dan bagaimana ia boleh merebak ke negara republik itu. Sebelum ini, presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan lantangnya mengkritik China dengan mengelarkan virus Covid-19 ini Virus China dan mendakwa virus itu muncul dari salah sebuah makmal yang dibangunkan di negara itu.
-Ogos 2020