Madrasah Daulah merupakan sebuah sekolah tahfiz di bawah Daulah Educonsult yang terletak di Kaherah, Mesir. Madrasah Daulah menawarkan pembelajaran ke Mesir dengan tanpa memerlukan sebarang sijil SPM mahupun STAM. Hanya dengan semangat untuk belajar yang tinggi, mereka boleh berdaftar ke Madrasah Daulah.
Syarat untuk belajar ke Madrasah Daulah ialahterbuka kepada mereka yang berumur 12 tahun hingga 31 tahun tidak kira lelaki mahupun perempuan. Namun sebelum mereka berdaftar ke Madrasah Daulah, mereka akan ditawarkan dengan konsultan yang diadakan secara percuma oleh pihak Madrasah Daulah.
Malah pihak Madrasah Daulah jugakan membuat sesi temu bual bersama pelajar untuk memastikan mereka betul-betul berminat untuk belajar ke Madrasah Daulah. Pelajar seawal 12 tahun telah dihantar ke Madrasah Daulah oleh ibu bapanya kerana mereka mahu anak-anaknya belajar dalam bidang ilmu pengajian Islam.
Sebelum mereka terus masuk ke Maahad Buuth, mereka akan dimasukkan ke Markaz Nile (Kelas Bahasa) dan Sanad Tahsinul Quran yang mana mereka akan khatam 30 juzuk Al-Quran. Malah, mereka juga perlu menduduki Ujian Imtihan Qabul sebelum memasuki ke Maahad Buuth yang mana ujian itu adalah 100% dalam Bahasa Arab.
Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran adalah dalam tempoh kurang daripada 1 tahun. Selepas itu mereka akan menduduki Ujian Imtihan Qabul. Pelajar yang mendapat keputusan memuaskan akan dimasukkan ke Maahad Buuth iaitu sekolah menengah dengan tempoh selama 6 tahun.
Namun jika mereka mendapat keputusan yang kurang memuaskan, akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor iaitu pra-menengah yang mana pelajar akan diberikan pendidikan dalam Bahasa Arab 100%. Tempoh pengajian di Dirosoh Khossor adalah tidak lebih daripada 1 tahun.
Mereka yang melepasi Maahad Buuth akan ditawarkan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar akan mengambil bidang syariah, usuluddin dan juga Bahasa Arab. Sepanjang mereka berada di Madrasah Daulah, Mesir, mereka akan dijaga oleh seorang Mudir iaitu Abang.
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Madrasah Daulah, sila hubungi nombor dan laman web yang tertera di bawah.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...