Daulah Educonsult telah membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level atau setaraf dengannya untuk sambung pengajian ke luar negara. Pendaftaran ke universiti di Indonesia adalah terbuka pada sesi September setiap tahun.
Tetapi pelajar yang ingin sambung pengajian ke Indonesia dalam bidang perubatan, mereka perlu mengambil Asasi dalam Sains atau Foundation in Science. Universiti di sana tidak mengambil pelajar yang hanya lepasan SPM tetapi pelajar lepasan SPM perlu menduduki Asasi sebelum melanjutkan pelajaran ke Indonesia.
Pelajar yang akan menduduki Asasi dalam Sains atau Foundation in Science akan belajar di Kolej Kerjasama Daulah yang terletak di ibu negara, Kuala Lumpur. Selepas itu, mereka akan terus ke Indonesia dalam bidang yang mereka ambil iaitu perubatan.
Universiti yang ditawarkan ialah Universiti Sumatera Utara yang mempunyai bidang veterinar, perubatan, farmasi dan juga pergigian. Universiti ini sangat mengalu-alukan pelajar Malaysia untuk sambung pengajian ke sini. Selain itu, terdapat juga universiti lain yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult iaitu
-
Universiti Airlangga
-
Universiti Brawijaya
-
UIN Ar-Raniry, Banda Aceh
-
UIN SUSKA Riau
-
Universiti Gadjah Mada