Mereka dari negara Singapura dan Brunei dibenarkan untuk merentas sempadan negara tetapi dengan tujuan untuk perniagaan dan urusan rasmi sahaja.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kemeterian Singapura dan Brunei telah menyatakan bahawa Singapura dan Brunei bersetuju dengan keputusan itu dan juga mereka akan mewujudkan Laluan Hijau Timbal Balik antara kedua-dua negara tersebut.
Individu dari Brunei dan New Zealand tidak perlu jalani proses kuarantin di rumah tetapi mereka tetap akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebaik sahaja tiba di negara Singapura.
Individu yang ingin berlepas ke negara lain, mereka perlu menjalani ujian saringan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum meneruskan perjalanan. Malah, mereka yang dari Singapura dan Brunei juga perlu kuarantinkan diri mereka selama 14 hari sebelum memulakan perjalanan.
Safe Travel Pass perlu didapatkan di agensi kerajaan di Singapura bagi individu dari Brunei yang ingin masuk ke negara Singa itu. Segala kos ujian saringan juga akan ditanggung oleh mereka yang ingin memulakan perjalanan merentas sempadan negara.
Tambahan, Singapura juga dalam usaha untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain termasuk rundingan bersama Jepun dan Indonesia bagi Laluan Hijau Timbal Balik. Presiden Indonesia, Joko Widodo telah menyatakan untuk mempercepatkan usaha itu bagi membangkitkan semula ekonomi negara dan perniagaan di republik itu.
Pernah terfikir untuk menyambung pengajian ke luar negara, tetapi masih menunggu keputusan rasmi SPM?
Tahukah anda bahawa sesetengah universiti luar negara membenarkan pelajar memulakan proses...
“Anak saya dapat keputusan yang baik, tetapi tak berjaya mendapat tempat di IPTA untuk bidang yang diimpikan. Apa pilihan yang ada?”
Soalan ini mungkin pernah...
“Kalau anak pergi Rusia, selamat ke?”
Ini antara soalan pertama yang sering bermain di fikiran ibu bapa apabila anak mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian di...