Daulah Educonsult ialah sebuah syarikat konsultan yang membantu pelajar untuk sambung pengajian ke luar negara. Banyak bidang yang ditawarkan kepada mereka yang ingin sambung pengajian ke negara Nuklear terbesar dunia, Rusia yang terdiri daripada pra-perubatan, perubatan, perniagaan antarabangsa, kejuruteraan pesawat, gerontology dan lain-lain lagi.
Syarat untuk sambung belajar ke Rusia ialah mempunyai sijil SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Keputusan yang baik akan memudahkan mereka untuk melakukan pendaftaran tetapi jika keputusan kurang memuaskan, boleh berbincang semula dengan pihak Daulah Educonsult.

Kursk State Medical University ialah sebuah universiti yang tersenarai sebagai 10 universiti terbaik di Rusia. Malah, universiti ini juga menawarkan program latihan perubatan dalam Bahasa Inggeris. Jadi mudah untuk pelajar Malaysia belajar bidang itu dalam Bahasa Inggeris.
Universiti ini menawarkan bidang pra-perubatan dan perubatan kepada pelajar yang mana kedua-dua bidang itu adalah berbeza. Pra-perubatan ialah perubatan yang asas khas untuk pelajar yang tidak mempunyai asas dalam sains perubatan. Tempoh pengajian bagi pra-perubatan ialah selama 6 tahun.
Tempoh pengajian bagi bidang perubatan di universiti ini pula ialah selama 7 tahun. Pelajar lepasan SPM, STPM, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang mengambil bidang sains adalah sangat mudah untuk mereka masuk ke universiti ini.

Universiti lain yang menawarkan bidang perubatan ialah Privolzhsky Research Medical University. Universiti ini merupakan universiti yang mempunyai prestij yang tinggi di bandar Nizhny Novgord, Rusia.
Universiti juga telah mendapat pengiktirafan daripada World Health Organization (WHO) dan juga termasuk dalam buku Rujukan Tahunan “World of Learning” Institusi Perubatan yang dikeluarkan di Great Britain.

Volvograd State Medical University dan I.M. Sechenov First Moscow State Medical University menawarkan bidang perubatan juga kepada  pelajar yang berdaftar di bawah Daulah Educonsult.

Namun, terdapat juga universiti yang menawarkan bidang selain perubatan iaitu bidang pesawat kejuruteraan di Universiti Moscow Aviation Institute. Universiti ini merupakan universiti terkemuka di dunia bagi bidang kejuruteraan aeroangkasa dan mendapat pengiiktirafan antarabangsa dengan teknologi terkemuka.
Bidang yang ditawarkan oleh universiti itu ialah Diploma Kejuruteraan Aircraft dan juga Ijazah Kejuruteraan Aircraft yang mana tempoh pengajiannya ialah selama 4 tahun. Universiti ini juga mendapat pengiktirafan daripada DCA Malaysia dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Yuran pengajian juga adalah berpatutan untuk pelajar serta mudah juga untuk mereka mencari makanan halal di sana.

Universiti yang menawarkan bidang pengurusan perniagaan ialah Saint Petersbug University yang mana universiti ini merupakan universiti pertama yang ditubuhkan pada tahun 1724. Pelajar yang ingin sambung belajar di sini perlu menghubungi Daulah Educonsult untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
**Terkini, Kursk State Medical University telah buka pendaftaran bagi sesi Oktober 2020. Pendaftaran adalah terbuka hingga ke hujung bulan September ini sahaja dalam bidang perubatan dan pra-perubatan.
Jika ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai sambung belajar di bawah Daulah Educonsult, sila hubungi nombor dan laman web yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram :
https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)
Borang Pendaftaran Pengajian : https://bit.ly/32R1pPO

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here