Safer kini telah membuka ruang untuk mencari pemandu e-hailing dan juga penunggang sebagai rakan penghantar Safer. Safer Delivery Partner dan Driver kini dibuka di semua kawasan Semenanjung Malaysia untuk memberi peluang kepada mereka jana pendapatan.
Pendapatan pasif boleh dijana dengan hanya kongsikan sahaja referral code kepada orang lain samada ahli keluarga atau rakan-rakan. Apabila semakin ramai yang menggunakan referral code tersebut pada salah satu perkhidmatan yang ada di Safer, semakin banyak pendapatan pasif boleh mereka jana.
Pendapatan aktif pula bergantung kepada berapa jumlah tempahan yang diterima oleh Safer Delivery Partner dan Driver. Semakin banyak mereka menerima tempahan, maka semakin banyaklah pendapatan aktif boleh dijana.
Namun untuk berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver, piawaian dan syarat yang ditetapkan oleh Safer perlulah mereka patuhi. Dokumen yang perlu dilengkapkan bagi manjadi pemandu dan penunggang ialah kad pengenalan, lesen dan gambar profil. Gambar hendaklah gambar yang kemas dan sopan.
Manakala untuk mendaftarkan kenderaan sebagai kenderaan e-hailing Safer, hendaklah memuat naik beberapa maklumat penting iaitu
  • Roadtax
  • Geran
  • Insurans kenderaan (motorsikal / kereta)
  • Perincian bank
Tambahan, sebagai Safer Delivery Partner dan Driver, mereka perlu mempunyai lesen Public Service Vehicle (PSV) dan juga E-hailing Permit Vehicle (EPV). Lesen PSV adalah lesen wajib yang telah ditetapkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia untuk menjadi pemandu e-hailing sama seperti teksi. Lesen EPV pula adalah lesen yang akan diluluskan sendiri oleh syarikat e-hailing berkenaan iaitu Safer.
Jika berminat untuk berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver, muat turun sahaja aplikasi Safer Driver melalui Google Play Store bagi pengguna Android atau Apps Store bagi pengguna Apple. Laman web di bawah juga boleh digunakan untuk melakukan pendaftaran.
Safer Delivery Partner & Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Jadi mudahkan untuk berdaftar? Tetapi sekiranya masih kurang jelas dengan maklumat yang diperlukan serta ingin bertanya beberapa soalan berkenaan dengan Safer Delivery Partner dan Driver, hubungi sahaja nombor telefon dan laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here