Rasuah adalah satu isu yang sangat bahaya dan mampu menjatuhkan sesuatu institusi termasuklah negara. Negara Malaysia khususnya berdepan dengan situasi ini. Dikhabarkan subjek berkenaan dengan rasuah bakal dimasukkan kedalam silibus Bahasa Malaysia bagi murid tahun 5 bermula tahun hadapan.

Menurut Bernama, Datuk Seri Azam Baki yang merupakan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan bahawa usaha ini adalah langkah pendidikan awal berkenaan dengan isu rasuah.

Sesuatu institusi bakal runtuh dan punah dengan adanya rasuh dalam organisasi. Tambahan, ianya akan membuatkan jurang antara kaya dan miskin semakin jelas. Sebenarnya rasuah mempunyai banyak kesan buruk dalam kalangan masyarakat.

Kesalahan pemberi adalah sama dengan yang menerima rasuh jika disabitkan kesalahan. Tertuduh akan berdepan dengan hukuman berat termasuklah penjara dan juga didenda. Pihak yang memberi rasuh sebenarnya adalah individu yang tidak bermoral dan juga turut melanggar peraturan.

BACA JUGA :   Isu Skandal Rasuah Melibatkan MB Johor, Ini Respon Khaled Nordin

Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) menetapkan perbuatan memberi atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan kesalahan menerima rasuah. Jika sabit kesalahan boleh dihukum sama berat dengan kesalahan Seksyen 17(a) iaitu menerima rasuah dengan penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here