MP Kudat telah mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan terhadap semua netizen di media sosial. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau ialah berkenaan dengan pelajar Universiti Malaysia Sabah, Veveonah cuma ingin mendapatkan jumlah penonton Youtube sahaja.
Malah, Abdul Rahim Bakri selaku MP Kudat berkata pegawainya telah melakukan siasatan terhadap penduduk kampung tentang keberadaan Veveonah. Mereka berkata Veveonah sudah lama tidak tinggal di  situ, Kampung Sepatalang kerana bapa kepada Veveonah bekerja di Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) di Pekan Pitas.
Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kudat itu sempat membuat tangkapan skrin terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu.

Ramai yang mengecam dengan teruk terhadap kenyataan beliau. Apabila beliau menerima kecaman yang teruk daripada netizen, sebentar tadi beliau telah memadam kenyataan terhadap Veveonah. Ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau yang seolah-olah tidak ingin membantu apa-apa terhadap rakyatnya.
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang Timbalan Menteri, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengatakan bahawa Veveonah telah menipu dengan memanjat pokok semata untuk meraih populariti di laman Youtubenya. Namun, semalam beliau telah membuat permohonan maaf secara langsung di Dewan Negara.
-September 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here