Daulah Educonsult kini telah membuka peluang pendaftaran sesi Oktober kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level atau setaraf dengannya. Pendaftaran ini adalah terbuka untuk kemasukan ke Kursk State Medical University yang terletak di Rusia.
Kursk State Medical University ialah sebuah universiti yang tersenarai dalam 10 universiti terbaik di Rusia dan merupakan universiti pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris di dalam latihan perubatan.
Kursk State Medical University merupakan salah sebuah universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Bidang yang ditawarkan oleh KSMU kepada pelajar ialah bidang perubatan dan pra-perubatan. Tempoh pengajian bagi kedua-dua bidang ini adalah berbeza-beza di mana, tempoh pengajian bagi bidang perubatan ialah selama 6 tahun.
Tempoh pengajian bagi bidang pra-perubatan pula ialah selama 7 tahun. Pra-perubatan terbuka kepada pelajar yang tidak mempunyai asas dalam bidang perubatan atau sains. Pengajian pra-perubatan adalah asasi dalam Sains atau Foundation in Science.
Yuran pengajian yang ditawarkan oleh KSMU juga ialah yuran jenis lock-fee. Di mana, yuran pengajian KSMU akan dibayar mengikut kepada mata wang Malaysia bukan mata wang Rusia. Yuran lock-fee itu ialah dibayar untuk selama 6 tahun mengikut kepada pengajian KSMU.
Kursk State Medical University juga menawarkan kemasukan bagi November tetapi pelajar perlu membuat tempahan kemasukan lebih awal.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor dan laman web yang tertera di bawah.
Dalam dunia pemakanan, banyak makanan yang dilabel sebagai "tidak sihat" kerana kandungan kalori, lemak atau gula yang tinggi. Namun, tidak semua makanan yang dianggap...
Murmansk, sebuah bandar di Rusia yang terletak di dalam Lingkaran Artik, terkenal dengan keadaan cuaca ekstrem dan fenomena alam yang luar biasa. Salah satu...
Sambut Ramadan di Negara Orang: Pengalaman Berbeza, Keberkatan Sama
Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Namun, bagi mereka yang berada...