Lahad Datu satu-satunya daerah yang diisytihar oleh Kementerian Kesihatan sebagai zon merah COVID-19. Hal ini berikut peningkatan 43 kes baru semalam iaitu 7 September 2020. Kesemua kes baru tersebut dikesan dalam lokap IPD Lahad Datu yang melibatkan 21 warganegara dan 22 bukan warganegara.

Kenaikan ini merupakan antara yang tertinggi untuk tempoh tiga bulan. Setakat semalam, kes COVID-19 di Malaysia menyaksikan lonjakan sehingga 62 kes sehari. Sebahagian kes berkenaan datangd aripada Sabah.

Penularan di Sabah yang bermula dengan Kluster Benteng bermula dari dua orang Pendapatan Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di lokap IPD Lahad Datu pada 24 Ogos 2020. Sehingga semalam, seramai 50 orang lagi individu dikesan positif akibat dari kluster berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berjata tiada sebarang aktiviti keluar masuk ke kawasan yang dikesan terbabit. Situasi ini berkekalan sehinggalah proses saringan dan nyah cemar selesai dilakukan.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here