Safer Food merupakan salah satu perkhidmatan yang terletak di bawah Safer. Safer Food juga membantu home kitchen terutama sekali dalam mempromosikan makanan mereka secara dalam talian. Home kitchen boleh mendaftarkan kedai mereka dengan hanya daftar di dalam talian sahaja.
Mereka yang ingin mendaftarkan kedai mereka dipanggil sebagai Safer Food Merchant. Pendaftaran sebagai Safer Food Merchant boleh dilakukan di dalam talian sahaja melalui Google Play Store atau Apps Store. Link di bawah juga boleh ditekan untuk pendaftaran secara langsung.
Safer Food Merchant : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Home kitchen ialah mereka yang memasak dari rumah sahaja dan bergantung kepada perniagaan dalam talian untuk mempromosikan makanan mereka kepada orang ramai. Namun untuk mendaftar sebagai Safer Food Merchant, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi iaitu mempunyai kad pengenalan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), lesen perniagaan dan sijil halal. Apabila semua sudah lengkap, pendaftaran akan menjadi lebih mudah.
Seterusnya untuk mendaftarkan kedai di Safer Food, mereka perlu memuat naik beberapa maklumat dan dokumen iaitu
  • Tetapan operasi
  • Kemaskini lokasi kedai
  • Tetapan operasi
  • Menu makanan
  • Perincian bank akaun
Jika kurang mengerti untuk melengkapkan segala syarat dan dokumen yang diminta oleh Safer Food, jangan risau kerana Safer Food juga menyediakan kelas khas yang akan menerangkan cara pendaftaran, menguruskan kedai, menu makanan dan sebagainya.
Kelas tersebut dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga ke 12 tengahari. Tetapi untuk ke kelas itu, mereka perlu buat temu janji dengan pihak Safer Food supaya mudah untuk menjadualkan masa dan hari. Kelas tersebut tidak mengenakan sebarang bayaran kepada Safer Food Merchant.
Tambahan, Safer Food juga kini membuka peluang kerja kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi konsultan Safer Food. Pendaftaran sebagai konsultan Safer Food adalah percuma. Konsultan Safer Food akan memberikan khidmat konsultan kepada mana-mana kedai makan yang ingin berdaftar sebagai Safer Food Merchant.
Selepas mereka telah sah menjadi konsultan Safer Food, mereka akan diberikan sebuah nombor bersiri yang menunjukkan dan membuktikkan mereka ialah konsultan sah Safer Food. Pencarian konsultan Safer Food dibuka di kawasan Lembah Klang, Selangor dan Kuala Lumpur.
Safer Food banyak memberi peluang kepada Safer Food Merchant dan orang ramai untuk jana pendapatan serta mengisi jawatan kosong konsultan Safer Food.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor dan laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 
?   Khidmat Pelanggan : 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here