Madrasah Daulah kembali buka kemasukan sesi Oktober dan November. kepad apelaajr yang tiada sijil SPM dan STAM digalakkan lakukan permohonan segera jika anda bercita-cita melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Namun anda perlu melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah, Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar dalam Pengajian Islam.

Madrasah Daulah menerima pelajar berusia 12 tahun hingga 30 tahun yang tiada sebarang sijil SPM dan STAM untuk melanjutkan pengajian. Pelajar yang berhasrat melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah perlu bersedia untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan untuk menduduki ujian kelayakan ke Maahad Buuth.

Maahad Buuth

Maahad Buuth pula adalah sekolah menengah bertaraf antarabangsa yabg dikelolakan oleh Institusi Al-Azhar . Oleh itu, pelajar yang berjaya untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth akan menikmati pengajian dengan percuma. Namun, bukan mudah untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth. Pelajar perlu menduduki ujian kemasukan ke Maahd Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul.

BACA JUGA :   Akibat Makan Terlalu Pedas, Tanggung Sakit Bagai Nak Mati

Setelah pelajar selesai menduduki ujian tersebut, pelajar akan ditempatkan sama ada ke Maahad Buuth atau ke Dirosah Khossoh. Jika cemerlang, pelajar akan terus menyambung pengajian ke Maahad Buuth manakala jika kurang cemerlang pelajar akan ditempatkan terlebih dahulu di Dirosah Khossoh yang merupakan pra menengah.

Di Maahad Buuth, pelajar diberi peluang untuk lompat sehingga dua kelas jika pelajar itu cemerlang dalam peperiksaan. Sistem pengajian di Maahd Buuth adalah bersandarkan kepada penguasaan pelajar. Bukan satu situasi yang aneh jika terdapat pelajar yang muda dan berusia dalam satu kelas yang sama. Menuntut ilmu itu tidak mengira umur dan usia. Paling penting adalah keinginan dan keyakinan yang tinggi dalam diri pelajar.

Selepas menamatkan pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Bidang Pengajian Islam pula terbahagi kepada 3 iaitu :

BACA JUGA :   KSMU: Universiti Perubatan yang Terbaik di Rusia

✅Bahasa Arab

✅Usuluddin

✅Syariah Islamiah

Tempoh pengajian di Universiti Al-Azhar adalah selama 4 tahun sahaja. Selepas bergraduasi, pelajar boleh terus memohon pekerjaan dalam bidang Pengajian Islam. Ayuh daftar segera kerana kemasukan adalah pada Oktober dan November 2020. Daftar segera! Lakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Jika berminat, isi borang di bawah :

https://bit.ly/32R1pPO

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here