Bagi pelajar yang berminat dalam bidang Pengajian Islam pasti menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Universiti terulung di Mesir ini tidak perlu dipertikai kemampuannya dalam melahirkan pemikir Islam dan juga tokoh Islam terulung. Namun syarat utama untuk melanjutkan pengajian ke universiti ini adalah memerlukan sijil SPM dan juga STAM.

Bagaimana bagi pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM atau STAM? Jangan risau, anda masih boleh melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Namun anda perlu melalui Madrasah Daulah dan juga Maahad Buuth. Untuk memasuki Madrasah Daulah, pelajar perlu mendaftarkan diri melalui Daulah Educonsult. Kemasukan ke Madrasah Daulah adalah pada Oktober dan November 2020.

Daulah Educonsult menerima pelajar yang berusia antara 12 tahun hingga 30 tahun. Pelajar lelaki dan perempuan yang tiada sijil SPM dan STAM sangat digalakkan untuk melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah. Pelajar akan dipersiapkan untuk menjalani ujian kemasukan ke Maahad Buuth sepanjang mereka berada di Madrasah Daulah. Di Madrasah Daulah, pelajar akan didedahkan dengan subjek berkenaan:

BACA JUGA :   Sambung Belajar di Universiti Luar Negara melalui Daulah Educonsult

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

Ujian kemasukan ke Maahad Buuth iaitu Imtihan Qabul perlu dilepasi dengan cemerlang jika anda ingin ditempatken terus ke Maahad Buuth. Jika pelajar kurang menguasai, pelajar akan ditempatkan terlebih dahulu ke Dirosah Khossoh yang merupakan pra menengah. Maahd Buuth adalah sebuah sekolah menengah antarabangsa yang berada di bawah kelolaan Institusi Ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.

Sepanjang mengikuti pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan menikmati pengajian secara percuma iaitu segala kos pengajian akan di tanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar. Pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan pengajian sahaja. Tambahan, pengajian di Maahad Buuth adalah berdasarkan kepada penguasaan pelajar. Pelajar dibenarkan lompat kelas sehingga dua kelas jika menguasai peperiksaan dengan cemerlang.

Selepas menamatkan pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam . Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun sahaja. Bidang Pengajian Islam pula terbahagi kepada 3 iaitu :

BACA JUGA :   Universitas Hasanuddin Tawarkan Ijazah dalam Bidang Perubatan

✅Bahasa Arab

✅Usuluddin

✅Syariah Islamiah

Jika anda berminat lakukan pendaftaran segera bersama Daulah Educonsult dan jalani sesi konsultasi secara percuma bersama konsultan terbaik mereka. Lakukan pendaftaran awal di borang cognito di bawah :

https://bit.ly/32R1pPO

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here