Safer Food kini sedang membuka tawaran kepada peniaga kecil dan home kitchen terutama sekali untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant. Pendaftaran sebagai Safer Food Merchant adalah percuma dan terbuka kepada semua. Malah, mereka dapat jana pendapatan dan dalam masa yang sama dapat mempromosikan kedai mereka kepada lebih ramai orang.
Nak daftar? Muat turun sahaja aplikasi Safer Food di Google Play Store bagi pengguna Android mahupun Apps Store bagi pengguna Apple. Di sini mereka hanya perlu memuat naik beberapa dokumen dan mengikut syarat yang ditetapkan sebelum melakukan pendaftaran. Syarat untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant ialah
-
-
Mempunyai kad pengenalan
-
Lesen perniagaan
-
Sijil halal
-
Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
-
Kesemua syarat ini adalah penting supaya pendaftaran dapat dilakukan dengan lebih lancar. Selain itu, kedai mereka pun perlu didaftarkan juga dengan memuat naik beberapa dokumen di Safer Food iaitu
-
-
Tetapan operasi
-
Kemaskini lokasi
-
Menu makanan
-
Akaun bank
-