Madrasah Daulah kini menawarkan program Maahad Buuth kepada mereka yang hendak belajar ke Mesir tanpa memerlukan sebarang sijil. Mereka yang berdaftar ke Madrasah Daulah akan diserap masuk ke Universiti Al-Azhar selepas mereka tamatkan pengajian di madrasah itu.
Pelajar yang ingin berdaftar ke Madrasah Daulah akan ditemu bual dahulu oleh pihak Madraash Daulah. Tambahan, Madrasah Daulah menawarkan pendaftaran kepada mereka bermula daripada 12 hingga 31 tahun tidak kira lelaki atau perempuan. Pelajar yang berdaftar akan memasuki kelas yang telah disediakan.
Kelas itu ialah kelas Markaz Nile iaitu kelas Bahasa Arab yang akan diajar Bahasa Arab sepenuhnya. Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Tempoh pengajian bagi kedua-dua kelas ini ialah selama 1 hingga 2 tahun dan tujuan kelas ini adalah untuk mempersiapkan pelajar menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Subjek yang akan diberikan kepada pelajar ialah
-
-
Tahssinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Program Study Tour
-
Pengajian Umum
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-