Kajian mengenai angkasa lepas umunya lebih tertumpu di bulan dan juga di planet Marikh. Hal ini kerana terdapat ura-ura bahawa manusia ingin membina kehidupan di ‘planet merah’ tersebut. Baru-baru ini, rakyat dunia dikejutkan dengan dakwaan bahawa berkemungkinan terdapat kehidupan di planet Zuhrah. Hal ini demikian kerana terdpat penemuan gas Phosphine.

Penemuan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak Royal Astronomical Society. Gas tersebut dikatakan wujud di dalam kawasan atmosfera planet Zuhrah. Planet Zuhrah adalah planet kedua daripada kedudukan Matahari.

Apa itu Gas Phosphine ?

Gas Phosphine adalah sejenis gas yang sangat jarang ditemui dan mempunyai kadar toksik yang agak tinggi. Gas ini dikatakan mempunyai persamaan dengan bau bangkai ikan yang sudah busuk. Kebiasaannya gas ini ditemui di kawasan bernajis penguin dan juga dari kolamberkulat yang berlendir. Gas ini sebenarnya hanya boleh ditemukan melalui beberapa proses industri namun boleh juga terhasil secara semula jadi disebabkan oleh organisma anaerobik yang berpounca dari bakteria dan mikrob.

Sesetengah saintis berpendapat bahawa berkemungkinan wujud kehidupan lain yang bernyawa dan bernafas di planet ini. Planet Zuhrah adalah planet kedua dalam Bima Sakti bersama 8 planet yang lain. Bumi adalah planet paling sesuai utuk kehidupan membiak kerana kedudukannya yang sesuai. Planet yang jauh dari Matahari kurangs sesuai kerana sihunya yang ekstrim.

Permukaan planet Zuhrah adalah sangat panas dan berasid. Keadaan ini menyukarkan untuk sebarang hidupan hidup dipermukaannya. Namun sekitaar 35 batu daripada permukaan, gas phosphine ini ditemui. Namun, saintis masih lagi belum membuat kata putus sama ada benar-benar terdapat hidupan di planet tersbut atau tidak.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here