Petugas barisan hadapan adalah golongan yang sangat berjasa kepada negara kerana mereka lah orang yang berperang untuk mengurangkan virus COVID-19. Tanpa mereka, pasti jumlah kes positif di negara kita akan meningkat naik seperti negara-negara lain.
Disebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa, tidak dapat jumpa keluarga, pasti mereka agak tertekan dengan situasi seperti ini. Situasi ini juga dirasai oleh semua petugas barisan hadapan di seluruh dunia yang merawat pesakit COVID-19.
Oleh kerana itu, KKM akan memberikan ujian saringan Tekanan, Kebimbangan Melampau dan Kemurungan (DASS) kepada semua petugas barisan hadapan.
Ujian saringan DASS ini juga akan dilibatkan pelbagai pihak yang berkaitan antaranya anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain daripada ujian ini, ahli keluarga dan rakan-rakan sekeliling hendaklah memberi sokongan dan dorongan kepada mereka.
Sebabnya supaya mereka tidak mengalami masalah mental yang serius dalam situasi COVID-19 ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi mendapati 500, 000 rakyat negara Malaysia mengalami kemurungan yang serius. DIsebabkan itu, beliau menasihatkan supaya mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di semua negeri.
Tambahan, psikiatri dan psikososial akan ditambah di negara ini bagi membantu mereka mendapatkan rawatan sepenuhnya. Kemurungan meningkat dengan banyak ketika COVID-19 melanda yang memberi kesan negatif apabila rakyat hilang kerja, pendapatan tidak cukup, makanan habis dan banyak lagi.
***Sekiranya ada pembaca yang ingin jalani ujian DASS, pembaca boleh taip sahaja ujian DASS di Google Chrome. Hanya jawab beberapa soalan dan keputusan akan diberikan selepas menjawab soalan itu.
Isu Parenting Masa Kini yang Wajib Ibu Bapa Cakna
Dalam dunia yang semakin moden dan dipenuhi teknologi, cabaran keibubapaan hari ini jauh berbeza berbanding generasi...
Bidang pergigian merupakan salah satu profesion yang sentiasa mendapat permintaan dalam sektor kesihatan. Setelah menamatkan pengajian dalam bidang pergigian, graduan bukan sahaja berpeluang menjadi...
Jepun sering menjadi pilihan utama keluarga yang ingin menikmati percutian yang selamat, menyeronokkan dan penuh pengalaman baharu. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil,...