Pernah dengar tak belajar ke peringkat antarabangsa tanpa memerlukan sebarang sijil? Madrasah Daulah lah jawapannya. Madrasah ini tidak memerlukan sebarang sijil pun untuk berdaftar masuk ke situ. Tetapi bagi yang berminat untuk belajar boleh daftar ke sini. Madrasah Daulah membuka tawaran pendaftaran bermula dari umur 12 hingga 31 tahun tidak kira lelaki atau perempuan.
Sepanjang belajar di Madrasah Daulah, mereka akan dijaga oleh Mudir iaitu orang dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelajar. Di sana terdapat ramai pelajar dari negara lain juga. Mereka yang telah berdaftar akan memasuki kelas Sanad Tahsinul Quran dan Markaz Nile. Kelas tersebut adalah sebagai persediaan untuk menduduki ujian.
Ujian ini juga adalah penentuan kepada pelajar untuk memasuki ke Maahad Buuth. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 Al-Quran. Pelajar juga akan diberi kelonggaran untuk belajar ke luar kelas mencari ilmu baharu. Tempoh pengajian di dalam kelas tersebut ialah selama 1 tahun atau 2 tahun.
Subjek yang akan diajar di dalam kelas tersebut ialah :
-
-
Tahsiinul Quran
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-