Maahad Buuth adalah salah satu nama yang besar bagi pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang Pengajian Islam. Umum mengetahui, kemasukan ke Maahad Buuth adalah sukar dan memerlukan persiapan yang sangat rapi. Kebanyakan pelajar akan mendaftarkan diri dulu di Madrasah Daulah untuk mempersiapkan diri mereka menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth. Pendaftaran kemasukan ke Madrasah Daulah boleh dilakukan melalui Daulah Educonsult.

Madrasah Daulah adalah institusi perdidikan yang berkonsep kesamarataan. Pelajar yang berusia 12 tahun hingga 31 tahun digalakkan melanjutkan pengajian di sini. Hal ini kerana Madrasah Daulah adalah paltform terbaik untuk anda mempelajari bahasa Arab yang merupakan bahasa pengantar utama di negara tersebut. Lakukan pendaftaran segera kerana kemasukan seterusnya adalah pada Oktober dan November 2020.

Klik untik daftar : https://bit.ly/32R1pPO

Kemasukan ke Madrasah Daulah adalah tidak memerlukan sebarang sijil pendidikan khususnya SPM dan STAM. Selepas lulus ujian kemasukan ke Maahad Buuth dan menamatkan pengajian , pelajar akan terus melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Secara halusnya, kemasukan ke Universiti Al- Azhar jika melalui Madrasah Daulah dan Maahad Buuth adalah tidak memerlukan sijil SPM dan STAM.

BACA JUGA :   Pengajian Veterinar di Bangladesh dan Indonesia

SYARAT KELAYAKAN 

?Lelaki atau Perempuan
?Berumur 12 tahun hingga 30 tahun
?Mempunyai Semangat yang Tinggi dalam Menuntut Ilmu

Di Madrasah Daulah, pelajar akan mengikuti kelas berikut terutama sekali kelas bahasa Arab :

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

Tempoh waktu untuk nama naik menduduki Ujian Imtihan Qabul adalah selama 1 hingga 2 tahun. Jika pelajar cemerlang dalam ujian tersebut, pelajar akan diserap terus ke Maahad Buuth namun jika sebaliknya pelajar akan ditempatkan terlebih dahulu di Dirosah Khossoh yang merupakan pra menengah.

Maahd Buuth adalah sekolah menengah antarabangsa yang menempatkan pelajar dari lebih 114 buah negara. Institusi pendidikan ini terletak di Kaherah Mesir dan dikelolakan oleh Institusi Al-Azhar Asy Syariff. Pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian di Maahad Buuth bakal menikmati pengajian secara percuma. Namun syaratnya adalah perlu belajar dengan sangat bersungguh-sungguh.

BACA JUGA :   4 Petua Hilangkan Ketumbit Secara Semulajadi

Konsep pengajian adalah berdasarkan penguasaan pelajar. Pelajar yang cemerlang dibenarkan lompat kelas sehingga 2 kelas. Oleh itu, ada pelajar yang mampu menamatkan pengajian lebih cepat dari tempoh waktu yang ditetapkan. Pelajar perempuan dan lelaki akan diasingkan sepanjang tempoh pengajian.

Kemasukan seterusnya adalah pada Oktober dan November 2020. Seterusnya pelajar akan meneruskan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam selama 4 tahun di Universiti Al-Azhar. Keunggulan universiti tertau di Mesir ini tidak perlu diragui sama sekali.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here