Negara yang sedang bergelut dengan virus COVID-19 kini dihebohkan pula dengan isu politik. Kes positif COVID-19 pada 23 September 2020 telah meningkat secara mendadak dengan sebanyak 147 kes. 143 merupakan warga tempatan dan 4 adalah import.
Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan dengan tema Kita Prihatin secara siaran langsung pada jam 2.30 petang. Konteks yang terdapat dalam ucapan beliau ialah kesemua rakyat Malaysia yang memohon Bantuan Prihatin Malaysia (BPN) adalah layak untuk menerima BPN 2.0. Selain itu, kerajaan juga akan memberikan bantuan dari segi kewangan kepada rakyat yang layak.
Dengan tanda pagar #KitaPrihatin, seorang netizen telah kongsikan bayaran yang akan disalurkan kepada rakyat melalui laman Twitternya.
#KitaPrihatin pic.twitter.com/HCQ0C3N2xY
— Mohd Shahar Abdullah (@shaharabdllh) September 24, 2020
Ramai rakyat Malaysia yang mengucapkan kata syukur kerana dengan bantuan ini dapat mengurangkan sedikit beban yang melanda mereka. Tidak semua mempunyai pendapatan yang tetap lagi-lagi musim COVID-19 ini. Ada yang dibuang kerja, dipotong gaji jadi dengan bantuan ini dapat memudahkan kehidupan mereka.
Namun di sudut lain pula, terdapat isu politik yang berlaku. Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim berkata beliau sudah dapat majoriti yang cukup untuk bentuk kerajaan baru.
Beliau sepatutnya berjumpa dengan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari Selasa yang lalu namun terpaksa ditangguh kerana Yang Di-Pertuan Agong sedang gering. Beliau kini sedang dirawat di Institusi Jantung Kebangsaan.
Tetapi Anwar Ibrahim tambah akan berjumpa dengan Yang Di-Pertuan Agong apabila beliau sudah betul-betul sembuh. Parti lain yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir pula masih belum memberi jawapan samada untuk bergabung bentuk kerajaan baru.
Namun, tindakan daripada Anwar Ibrahim ini telah menimbulkan pendapat daripada pelbagai pihak.
Siapa pun jadi kerajaan, kalau gaji minimun masih RM1200, tiada sebarang tindakan undang undang yang keras terhadap pemandu mabuk, and rakyat masih perlu 2-3 kerja untuk hidup, sama je. Tak guna pun tukar 50 kerajaan..
— Ainin ?? (@aininrazakk) September 23, 2020
Hmmmm here we go again….
another kerajaan baru katanya..Tak berpihak mana2 but here we go again…..
— afi (@afi234nurul) September 23, 2020
Bagi pihak Tan Sri Muhyiddin pula, beliau telah mengeluarkan kenyataan selepas perutusan khas di laman media sosial Twitter miliknya.
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri pic.twitter.com/EN64KAB9ds
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) September 23, 2020