Sekiranya mendapat keputusan yang kurang memuaskan atau tidak mempunyai sebarang sijil tinggi. Jangan risau, daftar sahaja belajar ke Maahad Buuth melalui Madrasah Daulah yang terletak di Mesir. Madrasah Daulah ialah sebuah institusi yang mengajar pelajar tentang Pengajian Islam.
Mereka yang berminat untuk berdaftar boleh lakukan pendaftaran ke Madrasah Daulah melalui Daulah Educonsult. Di sini ingin diingatkan bahawa selepas mendaftar mereka tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth.
Jika hendak masuk ke mana-mana institusi perlulah masuk dahulu ke kelas. Begitu juga di Madrasah Daulah. Kelas telah disediakan kepada mereka iaitu Sanad Tahsinul Quran dan Markaz Nile. Sanad Tahsinul ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran manakala Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab.
Di dalam kelas tersebut mereka akan diajarkan dengan beberapa subjek iaitu :
    • Tahsiinul Quran
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Pengajian Umum
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Jadi nak masuk ke Maahad Buuth pun bukan masuk ke kelas semata-mata. Mereka perlu menduduki Ujian Imtihan Qabul dahulu untuk menentukan masuk ke Maahad Buuth. Kelas yang disediakan adalah sebagai persiapan kepada mereka untuk menduduki ujian ini.
Ingin diingatkan di sini juga, sepanjang di Madrasah Daulah, pelajar akan diajar dalam Bahasa Arab sepenuhnya. Jadi jangan risau sekiranya tidak tahu langsung dalam Bahasa Arab.
Pelajar yang melepasi ujian itu akan terus dimasukkan ke Maahad Buuth. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Tempoh pengajian di Maahad Buuth adalah selama 6 tahun yang bermula dari tingkatan 1 hingga 6.

Bagi mereka yang tidak melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor yang mana tempoh pengajiannya juga adalah selama 5/6 tahun. Di sini mereka akan diajar dalam Bahasa Arab.
Setelah tamatnya pengajian di Madrasah Daulah, pelajar akan diserap masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Mereka akan ditawarkan bidang Pengajian Islam melalui pecahan iaitu Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Tempoh pengajian di Universiti Al-Azhar adalah selama 4 tahun.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here