Kes COVID-19 di Malaysia semakin membimbangkan apabila kes kian meningkat kepada tiga angka. Tambahan waktu kini di Malaysia sedang hangat dengan isu politik yang berlaku di Sabah semakin membimbangkan KKM.
Beberapa hari yang lalu kes COVID-19 telah dikesan didapati di sebuah pusat membeli belah ternama di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Sunway Pyramid. Seorang kakitangan di sebuah premis peralatan sukan dikesan positif COVID-19. Malah, kakitangan tersebut disahkan mempunyai ‘sejarah perjalanan’. Ujian saringan telah dilakukan terhadap mereka yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan tersebut bagi mengesan mereka.
Pusat hiburan itu turut telah melakukan proses disenfeksi di semua tempat. Mereka tidak tahu ke mana kakitangan tersebut telah pergi dan dengan siapa dia berjumpa jadi proses disinfeksi telah dilakukan di semua tempat. Namun, pada hari keesokannya, seorang kakitangan di NU Sentral pula disahkan positif COVID-19. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
![]()






