Kemenangan Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) yang leboih memihak kepada Gabungan Rakyat Sabah dilihats ebagaisatu referendum skongan dan juga keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri. Menurut Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia, merkea berharap Perdana Menteri terus memimpin negara walau terdapat halangan daripada pihak pembangkang yang cuba gugat kestabilan negara.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada Perikatan Nasional (PN) bersama rakan-rakan GRS untuk membentuk kerajaan negeri baharu di Sabah “.

Tambahnya, kejayaan yang dikecapi ini sekaligus membuktikan wujud kerjasa dan penyatuan yang utuh dalam kalangan rakan GRS walaupun baru ditubuhkan dalam masa yang singkat sahaja. Beliau juga berharap agar PRN Sabah ini dapat menamatkan kemelut politik yang sedang melanda negeri di bawah bayu tersebut.

Kemenangan ini juga diharapkan agar dapat mebela nasib rakyat Sabah yang masih berperang dengan melawan penularan pandemik COVID-19. Turut diharapkan juga agar infrastruktur di negeri tersebut dapat ditambah baik sejajar dengan pembangunan negara.

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here